Sakit Mata PVD!

Salam petang,

Hari minggu lepas aku ada beritau yang aku ada jumpa pakar mata kan... Huhuhu baru nak update hari nih.. Sebenarnya sakit mata aku nih ada kaitan dengan gel dalam bebola mata aku nih.. nama penyakit ni Posterior Vitreous Detachment (PVD)


Aku tak rabun tapi mata kiri aku nih macam ada bayang macam silau matahari tu.. kalau berkelip aku nampak laa lepas tu bayang tu akan hilang pelan pelan dalam 2 3 saat.. Hari tu aku perasan bayang kat mana ni bentuk bujur.. tapi sehari dua nih aku tengok dah jadi bujur berbonjol lak.. ala.. bentuk bujur.. tapi ada bonjol kat bujur tu... Pakar kata sebenarnya semua orang akan alaminya sebab ini adalah proses penuaan mata. Biasanya berlaku pada orang berumur 40 tahun ke atas.. tapi dalam kes aku berlaku awal sebelum 40.. huhuhu.. Gel dalam bebola mata nih dia mencair tak solid macam biasa.. sebab tu aku nampak macam ada bayang bayang. Bila aku guna mata kiri untuk melihat, mata ni jadi lambat fokus.. kena rileks 5 6 saat baru boleh nampak, lepas tu bila aku tengok benda berwarna, warna tu akan jadi sedikit gelap berbanding dengan mata kanan kalau tengok kaler tu.. Pakar kata PVD ni boleh jadi kronik bila retina mata kita terkoyak dan penglihatan akan jadi separuh jer untuk mata yang rosak tu.. Untuk kes aku, belum terjadi lagi laa. syukur... Pakar kata memang takde ubat, so aku kena belajar hidup dengan mata kiri yang ada PVD nih.. live with it! huhuhu

Memang tak selesa.. dan aku masih lagi dalam proses belajar guna mata kiri nih.. bila tengok sesuatu tu macam tak puas.. tak terang... Syukur pada Allah masih beri pinjam penglihatan ni pada aku... andai ditakdirkan aku tak nampak... aku pun tak tau laa macam mana nanti... Mohon dijauhkan laa semua tu..

Bila aku cerita dengan wife aku, baru aku tau, mata kanan dia pun macam ni, untuk kes dia ni dia dapat tengok separuh jer.. Doktor yang cek mata aku tu pun ada PVD gak.. huhuhu... sapa sapa pun boleh kena kan! Jadi sayangilah mata korang!

Mak aku pesan, mata ni Allah yang beri, jadi pada dia laa kita berdoa agar sakit kita sembuh tak mustahilkan! Mak suruh makan carrot sebiji sebiji macam tu jer.. sebab proses mengunyah carrot tu membantu mata dan zat dalam carrot tu bagus untuk mata.. Sambil kunyah tu berdoa laa minta mata sembuh.. InsyaAllah mak, nanti kita pergi beli carrot eh!!

**Sakit nih ada kaitan dengan migrain ke hah? Aku selalu kena migrain kat sebelah mata kiri nih! huhuhu... Sekarang nih pun tengah sakit migrain!! Tapi tahan jerlah!!


Cerita berkaitan dengan mata aku nih...

Ulasan

Mama Kembar 3 berkata…
ishh tek pernah tau pun ada penyakit camni. Betul cakap your mum, semua Allah yg tentukan, terus ja usaha & doa mana tau leh baik kan. All d best!
Rai berkata…
first time denga nama penyakit ni.. Allah tarik nikmat yang satu, Allah ganti dengan nikmat yang lain. Insya allah ada hikmahnya dengan setiap apa yg berlaku. doa dan tawakal.
hanyzaini berkata…
setiap yang berlaku ada penyebab dan hikmahnya.. Allah Maha Besar..Allah Maha Mengetahui.. pasti ada khilaf pada diri.."biasakan yang betul, betulkan yang biasa"...yang terbaik itu semuanya dari Allah, yang buruk tu semua dari perbuatan kita sendiri.. renung2kan dan selamat beramal..yeeehaaa...
aizamia3 berkata…
tak pernah dengar penyakit ni sebab tak pernah kena.. bila dah kena baru tau..
dulu rajin jugak makan carot walaupun bukan hari2 tapi sekarang.. penyakit M menguasai diri..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!