Sakit mulut tangan dan kaki


Tadi pergi klinik, sebelum ke klinik mama dah syak AN kena jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut.. Aku memang tak tau laa dan tak pernah terfikir dorang kena sakit nih.. Kat klinik Dr syaki AN kena sakit tu.. Ermm.... Kemungkinan boleh jangkit kat AH daj AF. Aku tak pasti dorang berjangkit dari sapa kat mana? Maybe kat taska dorang ada budak yang dah kena atau dari tempat lain... Aku pun tak pasti.. Harap harap AF dan AH tak teruk laa jangkitannya.. Dr nasihatkan kami tak hantar dorang ke taska dulu, takut nanti jangkit kat budak lain pulak..

Si Abang pun ada selsema dan batuk.. Tadi mama amik ubat penuh satu beg sandang tu!! Huhuhu... Harap harap dorang cepat sembuh laa.. Kesian pulak bila tengok dorang demam dan lembik jer...


Errr....mana satu yang betul aaa? Sakit Kaki tangan dan mulut atau sakit mulut tangan dan kaki? Huhuhu

Location : Jalan P9, Presint 9, 62250 Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya,
Posted via Blogaway

Ulasan

aizamia3 berkata…
oh.. janganlah makin teruk.. moga semuanya cepat sembuh.. kena kuarantin buat sementaralah jawabnya..
Rai berkata…
semoga AN cepat sembuh..kena rajin2 basuh tangan dengan sabun sebelum handle diorang..
Ukhtie Rashidah berkata…
HFM(hands Foot and Mouth)ni mudah berjangkit.Kuarantin kan yg dah kena.

Jangan kongsi barang seperti botol susu,tuala,baju dan lain2.Makanan pun tak leh kongsi.

Apply ubat yg doktor bg tu.Memang pedih sikit tp kena bg mandi n bubuh ubat tu jgk.Nak mkn minum pun susah tu sakit,mulut melepuh.Tp kena pujuk byk minum air suam.

Basuh tangan dgn bersih sebelum dan selepas sentuh mereka takut terjangkit atau menjagkitkan pd anak2 lain pulak.

Kalau ok dlm 3-4 pun dah boleh ok dah.semoga cepat sembuh n mama n papanya bersabarlah ye.

Eh...eh aku doktor ke?aku misi ke?tak la......anak aku pun pernah kena da....hihihi
Mama Kembar 3 berkata…
alahai siannya... kalau dah kembar dok serumah tido sesama, susah laa nak bagi tak berjangkit kan. harap harap kalau kena pun biar laa kejap je, moga cepat baik. Amin.
Nur Aini berkata…
hubby saya pon penah kene penyakit ni...masa pregnant 8 bln
cik rama-rama berkata…
adik sy pernah kena dulu, tp dye kena truk juga time tu, sbb mak ingt skit bese2 jer..kne mkn ubt lar..supaya sembuh cepat...sian amrafahan..
Huszaini berkata…
terima kasih kawan kawan atas nasihat yg diberi!
MaMa CyDa berkata…
anak mama pun kena jugak. tp dah tak demam. cumanya bintik² merah tuh still ada lagik.

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!