Cerita hari nih!

Assalamkualaikum dan salam petang,
Tadi lepas asar kami dijemput ke kenduri rumah jiran sebelah.. Betul-betul sebelah rumah, kalau roboh dinding memang tembus ke rumah jiran tu.. Dia jemput ke rumah pukul 5 tu ada baca doa selamat rasanya nak sambut puasa kot.. Hehehe walaupun sebelah rumah kami sampai lambat juga.. Maaf yer jiran.. Yerlah nak tungu Amrafahan siap lagi, mama siap lagi.. Mama mekap lagi.. Mama pakai tudung lagi.. Kekeke mama mama lah!! Aku siap cepat jer.. Biasalah lelaki kan! Pantas dan cargas!

Lepas datang makan jer.. Tak baca pun doa selamat hehehe kami bercadang laa nak pergi tengok floria untuk last day nih.. Masa keluar tadi jam dah pukul tujuh lebih.. Sampai ka sana nak maghrib dah.. Jadi Singgah Masjid Besi dulu untuk solat maghrib.. Masuk jer kawasan masjid nih Amrafahan dan tidur.. Semua lena nyenyak sungguh.. Ermm... Mama tanya aku, nak pergi ker floria? Ermm.. Kita pusing pusing dalam kereta jerlah, kesian pula kat budak budak ni tidur... Kalau tak dapat jumpa geng geng kembar yang lain sebab depa pakat ramai ramai nak tengok floria dan pertunjukkan bunga api...

Ermm... Takperlah takde rezeki nak jumpa depa semua, InsyaAllah nanti minggu keempat raya ada gathering kembar berhari raya, geng geng kembar nak kumpul kat port dickson beramai ramai.. Ermm tak sabar pula nak tunggu masa tu!! InsyaAllah lagi ramai dari gathering yang kedua di Taman Seri Empangan tu!

Kepada mana mana geng kembar yang nak join untuk gathering tu, bolehlah contact aku kat email aseng1@gmail.com .

Oklah nanti cerita ceriti lagi daa!!
Published with Blogger-droid v1.7.2

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!