Kompomlah! Sakit kaki tangan dan mulut!!

Tadi tengahari jumpa doktor, doktor cek Auni Auni Auni.. lepas tu dia suruh ambil darah... bila dah keluar result darah tu, doktor kata memang ada virus laa.. cumanya tak teruk. jadi dia keluarkan surat suruh kuarantin kat rumah.. Nanti akan ada pegawai kesihatan datang ke rumah untuk cek Auni Auni Auni...

Hermm... Lepas cek tu doktor bagi ubat untuk ulcer dalam mulut, sebab hari tu takde pun MA tu bagi. Dari pemerhatian aku, AN macam dah nak baik, AH pun tengah kena nak baik.. AF baru kena.. harap harap diorang semua cepat cepat sihat lah... dari segi luaran nampak aktif tapi dorang kurang minum susu kecuali AN dah ada selera sikit..

Terima kasih pada korang semua yang tolong doakan kesihatan AMRAFAHAN. Moga korang semua dilimpahi rahmat dan diberkati Allah senantiasa.. Amin..

Ulasan

aizamia3 berkata…
Moga dak kembar cepat sihat dah virus tu tidak merebak dengan lebih meluas.. sabar ye mama dan ayahnye.. insyaAllah mereka takde pape.. ;)
Rai berkata…
siannya auni auni auni..semoga cepat sembuh..rajin2 cuci tangan masa handle diorang..
Huszaini berkata…
terima kasih yer.. Alhamdullillah dorang dah sihat... hari ni dah pergi taska dah..
armouris berkata…
lagi info tentang penyakit tangan, kaki dan mulut di SIHAT SELALU - Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!