Ronda ronda!

As salam dan salam pagi, semalam petang lepas balik kerja, aku bawa AF dan AH ronda ronda pusing taman kat kawasan perumahan aku tu. AN dan AMR masa tu masih tidur lagi.. Nilah pertama kali aku bawa dorang naik motor.. huhuhu.. rileks jer budak dua orang nih.. sorang berdiri ala ala titanic sorang bersandar di kusyen empuk aku kekeke... Yang bestnya.. bangun tidur terus aku ajak naik motor.. dengan muka selebetnya.. dengan ada air liur basi kering kat pipi aku bawa dorang pusing pusing! hehehe...

Pagi tadi masa aku nak pergi kerja, AF dan AH dan menangis meraung dah nak ikut aku naik motor... huhuhu... dorang dah seronok laa tu.. nanti petang abah bawa jalan jalan lagi yer.. Pagi ni juga aku hantar abang pergi taska naik motor.. punya laa dia suka!! hehehe dah lama tak bawa dia naik motor sejak kejadian motor rosak yang sengal itu! huhuhu

Tapi bila sampai sekolah dia, dia nangis.. "Abang nak pergi punch card" huhuhu... dah pandai tu.. sebab selalu ikut aku punch card dulu baru hantar dia ke taska.. tapi hari ni terus ke taska jer.. terus laa aku pujuk cakap aku tak punch card hari ni.. nak pujuk lagi.. ajak laa dia beli sarapan kat cafe depan taska dia tu.. huhuhu... nasib laa dia tak membantah.. kalau tak jadi resakse aku! yelah.. masa tu dah pukul 8 lebih dah.. aku tak punch card lagi.. huhuhu tapi nasib laa sempat... dah janji dengan AMR aku ambil dia naik motor petang nanti.. tu yang dia sejuk sikit hati dia tuh..

AF berdiri AH bersandar.. empuk woo!! hehehe



Nampak tak kat bibir tu naik macam jerawat..



AMR sebelum pergi taska!

Ulasan

Mama AqiL berkata…
samalah dengan aqil irsyad...mesti pepagi nak gi opis mama dulu tuk punch card...hmm kalau tak sure bila sampai taska taknak turun kereta...
Huszaini berkata…
Hehehe... agaknya aqil aqil nih dah pakat pakat kot masa sekolah sama dulu tu.. kekeke
lagik sorang nak dok maner tu?...
aizamia3 berkata…
tu baru dua.. yang lagi sorang..?
kiut miut...kawayee..Sker tgk diorang.. Ummi dh jd follower amrafahan..Bl nk jejak ummi lak..Ummi baru lg nih..hehe
Huszaini berkata…
MEQA: sorang lagi tengah tidur

aiza: sorang lagi belum bangun tido

EFMS: terima kasih yer! dah balas kunjungan! terima kasihh!!

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!