Cerita menakutkan AMRAFAHAN oleh Incik Abah!

Pada hari Ahad lepas, petang tu Abah nak tidurkan AMRAFAHAN sebab abah suruh diorang tidur, diorang ajak Abah tidurkan diorang.. err paham ker? paham-paham jerlah yer! Kena peluk diorang tu macam biasa laa.. Disebabkan diorang masih main-main, abah buat laa cerita nak takutkan diorang, suruh diorang tidur! 

Ceritanya cam gini, Abah beritau laa nanti ada cat (kucing! AMRAFAHAN takut kucing) masuk ikut tingkap gigit kaki Kakak, Angah dan Adik sebab tak mau tidur, lepas tu si Adik menyampuk haa.. "Abah pun" (maksudnya cat tu gigit sekali Abah laa sebab Abah pun tak tidur!) haishhh budak-budak ni pandai sangat! Terpaksalah Abah buat garang sambil pegang rotan nak suruh diorang tidur, Abah cerita laa nanti cat makan kaki makan bontot cerita-cerita yang menakutkan diorang! si kakak jawab macam cerita jepun tu! "Hermmm!" Sambil hangguk kepala! pastu sambung.. "Nanti cat makan kaki kan Abah, makan tangan makan mulut kalau tak tidur kan Abah!" Ehhh budak ni! Kita cerita seram! dia sambung lagi cerita seram kita tuh! Masa tu nak tergelak pun ada, tapi disebabkan kredibiliti sebagai seorang Abah, Abah control mancho! hahaha

Nak juga bagi diorang tidur, Abah tetiba jerit! "HAAA!! CATTT AMIK KAKAK ANGAH ADIK NIH!" Sambil Abah cepat-cepat serkup muka kat bantal! kiranya situasi panik laaa... Haaa.. terus si Kakak Angah Adik menangis.. tanak cat! tanak cat... lepas tu Abah peluk diorang.. Abah tak tau sedar-sedar dah dekat pukul 7 petang! huhuhu... Agaknya Abah berjaya kot tidurkan diorang sebab si Kakak masih tidur lagi, si Angah bangun sekali dengan Abah, si Adik kejut Abah suruh Abah bangun katanya dah siang! huhuhu...

Ulasan

Rai Ourkizuna berkata…
hahaha..senario biasa bila nak tido kan anak2 kan..ngan mak bapak sekali tido..
AzharAzfar berkata…
pandai bapaknya tidurkan anak
hanyzaini berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hanyzaini berkata…
al kisaaaaahhhh... maka tersebutlah kisah...
pak incik naik ke atas bersama AFAHAN... mula2 mama dengaq jugak..CAAATTTT amik kakak ni... pastu..CAAATTT...CAAATTT...
waa..sakan pak incik bercerita..
the next minute.. enjin kapal pun menderum derum.. dalam hati mama..alhamdulillah..dah tdo jugak budak2 ni..mama pun sambung wat keja..
masa nak sidai kain,... dengaq a very familiar voice dari tingkap atas.. dok citer pasal cat kat "baby-baby" dia... mama pun naik la ngendap nak tgk...
nampak la si adik AN tengah takut takutkan dari atas.. haa..amik baby..caaatt amik baby..amik abah tu... amik kakak...cesssss!!!
kisahnya..abah yang takut kena makan dengan cat telah tdo...
oowwwhhh... lalallalalala...
UMMI 3R berkata…
hahaha...memang jenuh kadang nk soh dorg tido serentak...tu yg kekadang mak bapaknye sampai pengsan...errr pengsan sebab tertido dulu, kes mcm abah amrafahan ni la...hihihi
Mama Kembar 3 berkata…
owhhh rupa rupanya abah yg takut ngan cat yer? patut laa abah yg tido dulu hahaha!
Rai Ourkizuna berkata…
seb baik anak2 tak tau cite masam manis p ramlee tu kan..haha..

cikgu sudah tido mari kita main :P

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!