Rabu, 18 Mei 2011

Kantoi plak abah!

Semalam aku angkat AN dari kereta ke bilik lepas sampai dari rumah member aku... Masa tu AN masih tidur lagi... Jadi, lepas aku letak di tilam aku tutup pintu dan baring sebelah Auni Auni Auni... AF dan AH lena dah..

Lepas aku baring dalam 5 minit tu aku tengok AN, nampak macam dah tidur, siap peluk botol susu lagi... Ermm... Dah nyenyak kot.. Jadi aku pun bangun laa nak turun bawah nak tengok tv, aku bangun laa senyap-senyap nak turun bawah, masa tu bilik gelap, tengah elok aku berjalan senyap senyap tu, aku terlanggar mainan dorang jadi berbunyi laa bising.. Risau pula aku nanti AN jaga pula.. Bila aku tengok, elok jer dia tidur..

Ermm... Dah nyenyak nih.. Aku dengaj kompeden jer buka pintu bilik.. Berbunyi pula pintu nih... Jadi cepat cepat laa keluar dari bilik!

Yes!! Dapat keluar! Tak sempat aku nak turun bawah AN dah menangis.. Hadoi... Sedar pula dia... Kantoi dah aku.. Bila aku masuk bilik jer, terus jer AN diam... Ermm...

Nak taknak aku kena laa duduk sekali dalam bilik tu dengan Auni Auni Auni... Tak dapat laa abah nak tengok tv... Huhuhu...

Yang aku heran tu, kenal pula bunyi pintu terbuka.. Boleh sedar tu... Anak abah anak abah... Heehhehe
Published with Blogger-droid v1.6.9

2 ulasan:

[n a j e e b] berkata...

kena belajar ilmu ninja lagi ni,., kikikiki!

Huszaini berkata...

hahaha!! betul laa jib!! tak cukup lagi ilmu nih!!

exabytes unlimited