Happy Anniversary Mama!!

Alhamdullillah syukur pada Allah, dengan izinNya perkahwinan kami dah cecah angka lapan. Cabaran berumahtangga nih tak semudah seindah dalam novel dan drama kat tv. Ada manis ada masin ada masam ada pahit ada segala-galanya. Tapi dengan ada segala macam nih lah membuatkan kami lebih matang dalam menghadapi segala cabaran dugaan berumahtangga nih.

Alhamdullillah kami dikurniakan lima orang cahaya mata selama lapan tahun perkahwinan nih, err... cara ekpress hehehehe... rezeki dari Allah. Tiba-tiba teringat bila berjumpa dengan orang yang baru kenal, bersembang dan bertanyakan jumlah anak, bila Abah jawab lima orang, muka yang bertanya tuh nampak macam terkejut tapi kontrol! hehehe Lepas tuh baru Abah beritau, ada anak kembar. Ooo jawab orang tuh.. kembar dua ya?! tanya dia lagi.. Tak!! kembar tiga! Jawab Abah! Haaa... lagi laa terlopong orang tuh! Hehehe orang tu kata bukan senang nak jumpa kembar tiga nih! Rezeki Allah bagi kata Abah pada orang tuh. Eh!! Tercerita lari tajuk pula!

Moga perkahwinan ini kekal ke akhir hayat kami hingga membawa ke syurga. Semoga Mama menjadi ketua bidadari untuk Abah di syurga nanti. Semoga Allah memberkati ikatan ini melimpahkan rezeki yang halal buat kami sekeluarga, semoga kami sekeluarga hadapi segala jua rintangan, cabaran yang mendatang. Abah sayang Mama sangat-sangat! Abah sayang AMRAFAHAN sangat-sangat!!!
"Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 8 buat My Love   Hany!"

Nota Kaki Abah:
Mama, ustaz kata, sunnah  Nabi ada anak tujuh orang! hehehehehehehehehehehehehehe.
Abah tak reti nak cakap omputih macam Mama tuh! So cakap melayu jerlah yer! hehehehehe



Ulasan

Mama Kembar 3 berkata…
HAppy Anniversary Zaini & Hany! Moga tercapai hajat nak anak 7 orang tu hehe
Diana Rashid berkata…
Untung la..sekali dapat 3 terus..tak banyak kerja namanya..heheheh..semoga kekal bahagai ye..:)
Fifi Nadhrah berkata…
happy anniversary.. bahagia selalu..
- dieyana - berkata…
hai salam kenal...hepi aniverseri...Alhamdulillah...;-))

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!