Isnin, 5 Januari 2015

Raja dan Permaisuri!

Sembang petang adik-beradik AMRAFAHAN. Sambil makan popcorn dalam kereta.

Kak Ngah cakap ke Kakak: Awak jadi tuhan (tuan).. (pelat nak cakap tuan jadi tuhan)

Abah: Hepp!! Mana boleh cakap macam tuh! Tak baik! (Abah salah anggap sebab dengar nak jadi tuhan! Marah depa terus!)

Kak Ngah: Jadi Raja boleh Abah?

Abah: Boleh! Raja tu lelaki, Permaisuri untuk perempuan.

Kak Chik: Mama jadi permaisuri, Abah jadi Raja, tapi Abah gemuk!! Hehehe

Abah: (dalam hati) Huhh!! Apa kaitan!!

Tiba-tiba si Abang menyampuk!
Abang: Raja mestilah gemuk!!

Kakak: Haah Raja mestilah gemuk! Hahahaha

Huhhh!!! Anak-anak Abah nih pengaruh raja adalah gemuk kat tv kuat sangat nih!!!

Macam nak marah tapi kelakar!! Hai lah anak!!!

6 ulasan:

zila mokhtar berkata...

cute2 belaka...comelll...
jom follow saya http://vitaminsihatmommyzila.blogspot.com

Mar Mansor berkata...

saya baca sambil gelak

Anim Mansor berkata...

abah gemok ke?? abah besar je la... hik hik...

nadia nikz berkata...

Ye... Tengok apa2 kat tv depa ni mmg terikut dan berimaginasi.... Dah besar dah si kembar niee.....
Syukur kann...

Nadia Johari berkata...

Hehehe..sabar jela

IQ = Iez Qis berkata...

Lama tak jenguk si kembar tiga ni.

exabytes unlimited