Khamis, 18 Disember 2014

Nyaris kena tinggal bas!!

Nyaris kena tinggal bas!! Bas dah gerak dah! Tanya kaunter sambil tunjuk tiket. Kat tiket tulis kmk coach. Tapi masa sampai kat putrajaya sentral takde pun bas kmk. Kaunter kata tu bas kuning tu yang jalan tu! Pi seberang jalan sana kat teksi lalu tu nanti bas lalu situ!

Abah pun terkedek kedek bawa beg kejar bas kuning tuh. Nasib sempat tahan. Berpeluh ketiak kejar bas! Huhuhu.... Bas tu nama dia Jasmine. Patut laa tak perasan. Masa sampai tu ada laa perasan bas nih parking tapi tak terfikir pula bas nih yang kena naik. Huhuhu... Sebab dalam kepala otak nih cari bas kmk coach jer! Huhuhu

Hari tu Abah ada minta tolong kawan abah hantarkan ke putrajaya sentral. Dia kata ok. Jadi hari ni Abah ingatkan dia ingat laa. Rupanya masa abah call kawan Abah tu, dia pergi cycling. Nasib tak jauh dia cycling. Dia patah balik dan amik kereta hantar Abah. Sebab tu terlambat sampai ke putrajaya sentral. Abah berterima kasih sangat kat kawan Abah tu sebab tolong hantar. Nasib baik sempat sampai. Cumanya Abah silap tak tanya kaunter dulu masa sampai tuh!

Abah dalam perjalanan balik ke kampung Penang nih nak jumpa AMRAFAHAN dan mama, lagipun ada kenduri kawin abang ipar nanti. Tak sabar nak jumpa diorang!

Moral kejadian, malu bertanya boleh kena tinggal bas!

***Live update dari dalam bas yang nyaris nak kena tinggal nih! Huhuhu

4 ulasan:

Aishah Amin berkata...

OMG comelnya you ada triplets!..ok nak bookmark..and follow.

Salam kenal ya amrafahan
Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

Mila Hilas berkata...

hehe..smpt ag update dlm bas

Dkna Abza berkata...

Agak2 abg jeni turun 3kg tak sebab kejar bas td?

Maria Hasun berkata...

kalau x sempat burn tiket daaaa

exabytes unlimited