Ahad, 4 Januari 2015

Grrrr!!! Huhh ini tak kelakar!! Grrr!!

Ok! Ini tak kelakar! Huhuhu. Masa tengah beratur nak cuci kereta, sebab lama sangat, Abah keluar kereta kemas boot kejap sambil suruh si Abang passing barang yang kat seat belakang nak letak kat boot. Pesan dengan Abang jangan kunci kereta sebab nak tunggu turn dalam kedai. Si Abang kata ok.

Pastu kami pun tunggu laa kat dalam sebab depan kami ada kereta tengah tunggu turn nak cuci juga! Bila dah sampai turn, budak cuci nih cakap kereta takleh buka. Arrghh sudah! Bila pergi tengok rupanya kereta berkunci lepas tu kunci kat stereng. Ok boleh relaks lagi sebab biasa ada simpan kunci spare dalam wallet. Tapi bila cari geledah wallet bagai! Alamak!! Kunci spare takde!!

Arghh sudah!! Kebetulan pula kereta depan bateri kong, takleh start engine. Sama-sama tersadai takleh nak jalan. Brother tu pergi cari kedai nak jumping bateri, Abah pula kena walking balik rumah amik kunci satu lagi!

Terus ajak si Abang balik jalan kaki nak ambil kunci. Sambil jalan kaki si Abang cakap kat Abah, "Abang suka laa Abah jalan kaki nanti boleh kurus!!" Huhh tekanan sungguh rasa!! Dah laa jarak dari tempat cuci kereta nih ke rumah lebih kurang 3km, naik melecet kelengkang berjalan kaki balik nih!! Huhuhu

Sambil jalan tuh, Abah toleh-toleh laa belakang kot ada bas nadi putra nak lalu. Hampeh! Takde lalu pun, dah sampai rumah ambil kunci dan start motor hala ke kedai cuci kereta baru selisih dengan bas! Huhh!! Nasib tak tunggu! Aku jalan kaki lagi cepat! Mendengus dalam hati! Hehehehe.

Sampai jer kat kedai nih terus masukkan kereta. Huhh lega selesai masalah nih. Cuma kejap lagi kena angkut Mama semula ke kedai sebab nak bawa balik motor pula!! Selesai masalah!!

Live update dari MRM Carwash Presint 14, Putrajaya. Tengah tunggu kereta siap!!

Nota kaki Abah:
Suka cuci kat kedai nih sebab dia bersihkan dalam kereta sangat puas hati!!

1 ulasan:

Mama Kembar 3 berkata...

bak kata abang "jalan kaki boleh kurus" hahahah

exabytes unlimited