Lepak ED lagi!

Hehehe tau tak ED apa? Best woo tempat nih! Ramai orang!! Happening giler!!

Tu laa.. asal boring menunggu jer.. mesti update blog! Dah macam blog Abah jer! Padahal blog untuk anak-anak. Huhuhu.

Pagi tadi macam biasa laa pergi cuci luka kat jari nih. Alhamdulilah dah makin kering. Minggu depan nak buka jahit dah. Lepas tu, abah cakap laa dengan Nurse tu nak jumpa doktor sebab bengkak kat kaki kiri nih tak susut pula lepas keluar hospital hari tu. Ahad lepas dah pergi klinik minta ubat susut bengkak tapi macam takde apa-apa jadi masih bengkak lagi. Bila jumpa doktor klinik, dia suspek ada urat tersumbat atau apa tah lupa! Hehehe. Harap harap takde apa yang teruk, risau gak! Kaki nih tak boleh bengkok sangat, nak solat pun kena duduk. Lepas tu doktor buat surat refer terus ke ED Hospital Putrajaya.

Sampai sini seperti biasa menunggu laa giliran kad hijau. Sebab doktor kat triage kata kat Nurse tu masuk G1, lepas tu Nurse bagi laa Abah kat hijau. Masa tu berharap buka sesuatu yang teruk laa sebab kad hijau. Mudah mudahan ok laa kaki nih! Amin



posted from Bloggeroid

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!