Isnin, 24 Februari 2014

Hari ke 5 cuci luka

Sedar tak sedar dah hari ke lima pergi cuci luka. Abah kena buat sampai 2 minggu. Lepas tu jumpa doktor untuk buka jahit. Sakit kat jari tu ada masa berdenyut denyut. Kaki kiri nih lepas accident nampak macam makin naik bengkak. Semalam dah jumpa doktor ambil ubat susut bengkak. Harap-harap makin kurang laa sakitnya.

Tadi baru lepas minta bank hantar salinan geran kereta ke bengkel tempat Abah hantar kereta. Harap-harap boleh siap cepat. Mati kutu nih takde transport. Cuma motor jer belum hantar ke bengkel lagi untuk repair. Tak larat pula nak tolak motor sorang-sorang, kang tak pasal kurus hehehe. Jauh gak laa bengkel motor tu, ada laa dalam 1.8km+-. Nasib repot polis dah buat. Nantilah bila kaki dah ok sikit baru hantar motor claim insuran.


Ni gambar cuci hari ni. Tapi bahagian tak ngeri laa. Bahagian ngeri takmo tunjuk lagi... Huhuhu



posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Amanda Suria berkata...

sakit plak ulu hati SA tgok jari abah mcm tu ha...bukan apa..SA ni ada simptom x leh tgok orang sakit ke...accident ke..rasa macam sakit tuh berpindah ke SA....

exabytes unlimited