Abah terkena!! Terkena Abah dengan AMRAFAHAN nih!!

#entriKelabBloggerBenAshaari
#KelabBloggerBenAshaari

Tadi Abah suruh AMRAFAHAN tidur. Abah naik atas dulu, diorang kat bawah. Untuk bagi diorang tak bersembang ke bergaduh ke bermain sebelum tidur, Abah plan laa nak pisahkan tempat diorang tidur. Jadi 2 orang tidur kat bawah dan 2 orang lagi tidur kat atas.

Abah pun dengan kompiden nya panggil diorang naik, Abah panggil si Abang dan Kak Chik naik, lalu diorang pun naik terus tercegat depan Abah! Lepas tu Abah tengok diorang macam pelik! Apa yang tak kena nih?! Si Kak Chik dah tersengih-sengih. Si Abang berdiri diam senyum jer...

Lepas tuh Abah macam baru perasan, ehh! Ini bukan Kak Chik nih, getus hati Abah. Abah baru nak tegur jer, si Kak Chik bersuara,
"Ini bukan Kak Chik laa Abah! Ini Kak Ngah!"
 Terus pecah gelak si Abang dan Kak Ngah tuh!! Lepas tu kat bawah dengar si Kak Chik yang sebenar dan Kakak bergelak ketawa.

Si Kak Ngah siap cakap kita saje tukar jadi Kak Chik! Cesss!! Cesss!!! Cessss!!!! Terkena Abah! Tertipu Abah!!! Tak jadi nak buat muka garang lagi!! haiisshhhh depa  nih!!!

Nasib laa Abah ada rasa macam tak kena jer masa mula-mula Kak Ngah naik tadi. Kalau tak sampai sudah Abah kena main dengan diorang!! Bertuah punya anak!!!

Geram pun ada kelakar pun ada!!! Padahal baju dah lain-lain tuh!! Haisshhhh!!!!
Si Kak Ngah pakai baju kuning si Kak Chik pakai baju hijau si Kakak berbaju kelabu, dan Abah boleh terkena dengan diorang nih!!! Cessssss!!!

Ulasan

yaya_flanella berkata…
Kalau yaya sampai bila bila pun confuse. Muka seiras habis! haha
irrayyan berkata…
Cute je kembar 3. Camana la nak jaga tukar pampers masa kecik2 klu yak serentak. Nangis serentak? Hihihi
Ayu Jafri berkata…
hihihi..comel jeee...tp yelah,setiap kembar tu mesti ada lain sikittt..tp mak ayah or sedara dekat/kawan2 yg slalu ada dgn diorg jelah yg boleh bezakan,hihi
Hamidah Mahmud berkata…
Subhanallah! kalau saya memang takkan kenal mana satu kakngah kakcik dan kakak..abahnya pun terkena kan..hihi
Diana Rashid berkata…
kena pakai tanda nama la lepas nih..hehehhe
Cik Sue berkata…
Nakal ye diorg heheh abah pun terkena hehehe memang tak leh beza la heheh...pakai nametag la pasni hehehhe....
Yan Ty berkata…
pandai nye dierorg bergurau. idea tu mjadi plak tu. ty tgok pun masih xcam mn 1 yg kakak. ..k.cik...k.ngah nya
Semua muka sepesen... kalau ena pun ena tak cam.. hehehehe
Semua muka sepesen... kalau ena pun ena tak cam.. hehehehe
[n a j e e b] berkata…
hahahahahaha...rasanya lepas ni abah kena pakaikan nametag kat umah sepanjang masa.. hehehehehehe
Mama Kembar 3 berkata…
hahaha cam dah biasa terkena je kes camni ngan my boys hehe

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!