Selasa, 14 Oktober 2014

The 1 Thing that Matters to You

Family!! Haa tu jawapan untuk tajuk entri Abah. Kali ini Abah dan beberapa rakan blogger akan sertai pertandingan Allianz Amazing Hunt 2014 anjuran Allianz Malaysia Berhad. Entri ini adalah salah satu tugas untuk pertandingan ini nanti! Jadi Abah nak cerita sikit pasal keluarga nih!

Tidak dapat dinafikan lagi keluarga adalah antara perkara paling penting buat Abah buat kita semua. Tanpa keluarga, siapalah kita kan?! Sebelum berkahwin Ibu Bapa dan adik beradik menjadi tempat kita mengadu dan bercerita dan berkongsi tentang suka duka yang kita alami dalam kehidupan ini. Dari kita kecil sampailah remaja, ibu bapa jadi rujukan utama kita. Macam Abah anak lelaki nih lebih rapat dengan mak, berani sikit nak mengadu dengan mak kalau buat nakal.. kalau anak perempuan biasanya akan rapat dengan Bapa pula! Garang-garang mak pun bila buat muka sedih mesti mak lembut hati! hehehe Garang garang bapa kita buat muka sedih lagi laa bertambah kena rotan! hahaha

Itu masa bujang, bila dah berkahwin lain pula situasi dia. Tambah-tambah lagi bila dah ada anak. Jadi pasangan dan anak-anak kita menjadi keutamaan kita pula! Tanggungjawab semakin bertambah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Faham kan? Terutama bagi yang dah berkahwin dan mempunyai anak. Anak-anak kitalah adalah penyambung zuriat kita akan datang, jadi kenalah didik mereka sebaik-baik akhlak. Bila kita dah tua nanti, keluarga kita jugalah yang akan menjaga kita.

Dalam kita menjalani kehidupan seharian, tanpa kita sedar kerana keluargalah kita bersemangat untuk bekerja dan berbuat apa sahaja perkara demi kesenangan keluarga kita kan? Merekalah pencetus semangat dan sumber inspirasi kepada kita, bila kita hilang kekuatan atau berada di tahap terkebawah semasa meneruskan perjuangan hidup kita.

Pada Abah, keluarga adalah sumber kekuatan untuk meneruskan apa jua yang dilakukan dalam kehidupan kita seharian!


1 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

betul keluarga itu adalah yang utama dalam diri kita...

exabytes unlimited