Alhamdulilah! Insyaallah boleh balik hari ini!

Pagi tadi doktor dah datang melawat. Doktor cakap lepas cuci luka, tengahari nanti boleh balik rumah. Tapi setiap hari kena buat dressing kat klinik kesihatan yang berdekatan. Lepas 2 minggu kena datang balik klinik pakar ortopedik hospital putrajaya.

Tadi masa doktor buka balutan luka kat jari nih, Abah sempat laa tengok tempat diorang jahit jari tu, ngeri juga laa huhuhu! Doktor cakap tulang jari hancur tapi diorang buat cuba maintain panjang jari tu. Mungkin kuku yang tumbuh akan jadi sedikit tak hensem laa (ayat sedap hati abah. Doktor cakap tak cantik! hehehe).

Tapi Alhamdulilah, Abah redha atas semua yang terjadi. Ada laa salah Abah dengan Allah tu. Sebab tu ada orang datang melawat Abah kena ceria, tak nak bagi keluarga risau. Sakit tu kenalah tahan walaupun tengah sakit sangat.

Rindu dah kat AMRAFAHAN ni, 3 hari tak jumpa. Mama pun sibuk kena ke sana ke mari melayan kerenah kami sekeluarga. Harap Mama kuat dan bertabah laa yer!

Jutaan Terima kasih Abah ucapkan pada semua sahabat saudara mara mendoakan kesembuhan dan kesihatan Abah samada melalui blog, FB, twitter, instagram , call dan secara live. Terharu sangat sangat! Sayang korang ketat ketat hehehe!!





posted from Bloggeroid

Ulasan

Amanda Suria berkata…
alhamdulillah....dah boleh keluar ward la..maybe abah perlu lebih rehat lagi..sure doc kasi MC kan...get well soon jgn lupa makan ubat...
Qider berkata…
alhamdulillah,kena rehat lagi ni.. semoga cepat sembuh tuan.
Mama Kembar 3 berkata…
Alhamdulillah lega dah dapat balik kan. Moga cepat sembuh ye Abah. Take care!

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!