Membebel!

Semalam wife aku ada beritau aku, dia dan budak horpis dia ada main badminton, kira training laa untuk tournament Jabatan diorang...

Jadi malam ni laa wife aku pergi practice nya.. Petang tadi wife aku ambil aku di office sebab kat Parcel E parking belakang tu dah kena bayar.. gila ko! RM 1.00 sejam! Dah tu kalau bekerja, kurang-kurang 9 jam parking! Dah RM 9.00 kat situ! apa laa diorang nih.. terang-terang kat situ yang parking adalah staff gomen, boleh dikatakan 98%. Lagi mau bayar! Dah tau buat office besar-besar, parkingnya ciput!! hampeh!! marah nih!! Lepas tu letak kon laa apa laa tak bagi orang parking, parking kat basement dah sempit, luas lagi reban ayam tok aku.. eee... marahnya!! Habis nak suruh naik bas? Park n ride? Lepas tu nak terkejar-kejar ikut masa bas?! Habis nak hantar anak taska lagi, ingat taska tu boleh tunggu ke kalau datang ambil lambat anak??!!! Elok-elok naik kereta 10 minit boleh sampai, naik bas sejam baru nak sampai... buat sistem tahahapahapa!!! Tau nak untung jer! Yang pangkat besar, gaji besar semua free!! Yang pangkat ciput gaji ciput nih semua kena bayar!! Haiiisshhh....


Ok ok cukup aku membebel... tak puas hati sebenarnya... tak pe takpe tu cerita lain.. sambung balik cerita tadi.. Lepas wife aku ambil aku, kita orang pun pergi laa kedai nak cari daun kesum, wife aku nak buat asam pedas katanya... lepas tu dia ajak makan.. Kita orang makan kat satu restoran cina muslim baru buka kat jalan sungai merab tu dekat dengan restoran perantau yang baru tu... betul-betul sebelah stor perodua. Tau ke? hehehe.. Sedap laa masakan kat restoran tu.. siapa-siapa yang suka shark fin ke senang cakap chinese food, bolehlah singgah situ..

Sepatutnya wife aku start training pukul 8 malam, kami habis makan pukul 8.10 malam lebih kurang, terus bergegas balik, nak solat maghrib lagi.. huhuhu.. Lepas aku solat maghrib, wife aku pun dah siap nak pergi training... Auni Auni Auni dan Aqil belum tidur lagi.. jadi lepas wife aku pergi main badminton, aku ajak laa Auni Auni Auni ni tidur.. buatkan diorang susu panas, salinkan lampin barulah diaorang boleh tidur nyenyak. Alhamdullillah kesemua anak-anak aku boleh tidur sendiri, tak perlu dodoi ke tepuk ke apa ke... Mungkin mama  dah training dari dalam perut lagi lepas maghrib jer tidur, sampai sekarang laa diorang macam tu... Hehehe.. senang abah diaorang nak meng update blog... hehehe... Cuma sekarang ni, si Abang Aqil jer belum tidur, sibuk tengok Cbeebies... paling lambat dia tidur pukul 11 malam, selagi abah dia tak paksa tidur selagi tu dia tengok tv jer.. hadoi yaii..

Bila bangun pagi, Auni Auni Auni bangun awal... bila dah bangun tu, diorang tampar-tampar laa muka abah diorang nih.. sian aku... habis pipi gebu ku.. kekeke... Si Abang tak bangun pagi lagi.. kena paksa bangun... huhuhu... sama macam abah dia.. hehehehe... macam pagi tadi, lepas solat subuh aku mandikan AMRAFAHAN, siap-siapkan pakai baju, mama basuh baju dan sidai baju.... lepas tu aku bersiap pula, macam tu laa rutin er.. bukan rutin laa.. kadang-kadang.. aku siapkan anak-anak..

Sekian bebelan aku... terima kasih..

Gambar hiasan dari Google.
Aku nak letak gambar orang membebel tapi jumpa ni pulak! belasah jerlah!!

Ulasan

Mama Kembar 3 berkata…
"Yang pangkat besar, gaji besar semua free!! Yang pangkat ciput gaji ciput nih semua kena bayar!!" - setuju 110%! dah laa gaji besar, dpt mcm mcm allowance lagi, dpt keta & driver free lagik, bil bil umah pun comp bayaq, medical claim pun tinggi pastu dpt insurans coverage baguih punya lagik - semua free! bila mai tang kita yg gaji ciput nih, semua berkira. tak adillll! huhuhu.. ehh tertumpang membebel kat sini plak hehehe
Huszaini berkata…
tak pe tak pe!! kita sependapat! cuma luahkan apa yang saya rasa jer.. ramai kot macam saya ni.. ke tak de langsung? hermm...
lin berkata…
btul3x. mmg sangat setuju la... tp, nak kate camne kan... TERPAKSA terima sbb kat Malaysia, benda ni dah jadi macam satu perkara WAJIB!! sian la kat org berpendapatan rendah n sederhana cam kkite nih... huhuhu...
~mrs.yie~ berkata…
Kite bako..kite bako..
Huszaini berkata…
lin: nak redha macam tak redha.. hehehe

mrs yie: hahahah!! kite bako!!! kekeke
Doris berkata…
Ini kes mati ni bro! Kes mati heheh. Salam gegar blog yer bro :D

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!