Cerita jom berkelah 2 di Taman Seri Empangan

Haa.. baru laa ada mood nak buat entri pasal berkelah nih... Dua hari kena migrain jadi tak boleh nak 'konsentret' sangat mengadap pc nih..

Ok secara ringkas yer.. aku cerita ke lapor ke... entah dua dua bolehlah..

Event bermula 10 pagi dengan para pengelah tiba di tempat kejadian. Aku sampai lebih kurang 10.20 pagi sekali dengan Ben Ashaari dan 1tube.my. Lepas cerita sikit-sikit pasal event, Ben dan krew 1tube.my tunggu di wakaf sebelah taman permainan. Di tempat menunggu ada 2 3 keluarga kembar dah sampai, jadi aku cakap dengan diorang kita berkumpul di wakaf sebab di bangunan tu tidak dibenarkan makan dan minum.


Sedang dorang berjalan ke wakaf, aku angkat tong air, besar siott.. kurus jari aku angkat.. siap berenti lagi... kuku aku lenguh... huhuhu.. lepas tu aku hantar seorang auni dan aqil. Cuaca masa tu dah mendung, hujan rintik-rintik pun turun. Bila dah hujan aku teringat masa berkelah yang pertama dulu, hujan lebat, jadi aku tanak berulang lagi, aku ajak geng-geng kembar di wakaf berpindah ke bangunan tempat berkumpul tu. Masa tu aku tak perasan sangat ramai geng kembar yang datang... Bila semua berkumpul, humang hai... terkesema aku... syukur ramai yang sudi hadir... memang tak ku sangka dan ku duka.. ceewaahhh... tapi betul aa.. aku tak bajet akan ramai macam tu...

Bila dah ramai macam tu, apa lagi, kekalutan berlaku laa.. jenuh nak jerit, belum apa-apa aku dah berpeluh-peluh... huhuhuh... Dalam tentatif ada sessi berkenalan, tapi aku tak dapat nak buat, sebab ramai sangat lepas tu masing-masing kalut dengan anak-anak, jadi aku kenalkan diri aku jerlah.. kang yang lain nak kena jerit gak.. dah lah kebanyakkan yang aku kenal kat FB dan Blog semuanya, mama-mama dan mummy-mummy dan ibu-ibu... tak kan nak suruh dorang kuarkan suara tarzan diorang... cukuplah kat rumah dengan anak-anak dan suami dorang... hihihihihi...

Okeh, majlis dimulakan dengan sambutan hari jadi untuk 4 keluarga kembar. Kenapalah aku tak teringat nak baca bismillah ke doa ke.. adoi yai.. tu lah.. buat keje sekor-sekor... semua tak ingat.. huhuhu... sebenarnya dalam entri sebelum ni, aku ada gak tanya ada sapa-sapa nak bantu aku buat event nih.. tapi takde respon.. takpelah... sebab aku nak bagi jadi juga event nih aku buat laa sorang-sorang.. target 10 ke 15 geng kembar jer yang datang.. tapi lebih! Alhamdullillah.. Sambung balik, lepas menyanyi tu kami bervideo dan bergambar untuk 1tube.my. Lepas tu barulah susun-susun makanan. Maaf yer aku bawa air jer.. banyak sungguh makanan yang aku tengok dalam gambar... tapi aku tak dapat rasa semua, dapat laa rasa karipap sebiji, kek dan muffin. Lain semua aku tengok kat gambar jer.. kecur liur dibuatnya.. teringat-ingat pulut bakar, spagetti dan lain-lain walaupun tak dapat makan... air pun tak smepat minum, nasib laa ada air twister tu.. tapi aku tak kisah sangat masa tu, janji korang semua happy dan enjoy!! Yang jadi kisah tu bila tengok balik gambar makanan tuh! huhuhhu... sedapnya semuanya!!! lepas nih aku nak makan dulu laa baru buat keje.. kekeke...

Lepas makan-makan ada seorang blogger iaitu Raudhah beritau aku wartawan majalah Pa & Ma tak dapat datang tapi dia suruh hantar gambar berkelah pada dia untuk disiarkan dalam majalah Pa & Ma. Lepas tu aku pun beritau laa semua orang untuk ambil gambar ramai-ramai kat tangga dan gambar satu persatu keluarga kembar.

Lepas tu, ramai yang balik, masa tu lah baru dapat bertegur sapa, kalau tak mungkin aku tak perasan langsung..

Terima kasih pada yang datang, kalau jumpa diluar tegur-tegurlah ya.. mungkin aku tak cam korang, tapi beritau laa kita jumpa kat mana... :)

Untuk gambar berkelah klik sini. Ada banyak tak hingat punya gambar! hehehe

Aku sekeluarga ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan korang!!
Nanti kita jumpa lagi yer!!

Senarai kehadiran Jom Berkelah Dengan Geng Kembar ke 2

Geng Kembar

  1. Huszaini
  2. Nora Aurora
  3. Sharifah Hanisah
  4. Izan Ishak
  5. Siti Haslina
  6. Anisah
  7. Umniyyah
  8. Sharifah Mazrah
  9. Aleasara
  10. Nurul Hanan
  11. Zuraida
  12. Hasdiana
  13. Sufa Dewi Adlyana
  14. Arianti
  15. Nur Nadia
  16. Rozi
  17. Kamarudin
  18. Adibah
  19. Siti Raudhah
  20. Azrina
  21. Hanani
  22. Lyafazliani
  23. Adex Aieda
Geng tak Kembar
  1. Norhayati
  2. Ben Ashaari
  3. Masmona
  4. Helmi
  5. Zuraini Tajudin
p/s: Nanti aku hyperlinkan.. tak sempat aa.. huhuhu

Ulasan

ida berkata…
heheheh..zuraida tu...http://ida-homelicious.blogspot.com
Izan Ishak berkata…
apa pun2 mmg tahniah sbb berjaya anjurkan event ni ye bro. izan pun nak minta maaf jugak sbb tak tunggu sampai majlis habis....apalagi nak berkenalan dgn semua...

4. izan ishak hhtp://diariummi.blogspot.com
ayeesha anna berkata…
meriah giler...superb!
ida: ok noted!

Izan: tq takpe! paham

Mamaleesya: hehehehe tq!
rynnie berkata…
best2.. looking forward to the next gathering! :-)
hanyzaini berkata…
kak zuraini tajudin n famili datang but tak jot down her/their name... nanti masukkan dlm list ye...

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!