Bila sejuk dan kenyang!

Masuk opis pagi ni, sejuk lain macam... lepas breakfast kuew tiow goreng dan pegedil.. mata ni terus jadi berat... macam ada makhluk asing yang duduk kat kelopak mata ni tak bagi buka...

Hadoii... cuba juga nak buat kerja ni.. tapi terkebil-kebil mata nih menahan mengantuk... nak kena tidur laa waktu rehat jap lagi nih... perut masih kenyang lagi nih... huaagghh!! menguap lagii!! tak payah makan tengahari lagi.. nanti jadi lagi mengantuk gamaknya...


Ada petua tak nak bagi hilang mengantuk ni selain minum kopi? sebab doktor pesan kat aku kena kurangkan minum kopi dan teh... huhuhu...

Pagi tadi awal terjaga awal, pukul 4 pagi lebih, malam tu aku tidur awal, konon-konon nak temankan si Abang tidur sebab dia ajak aku naik atas tidur, sekali dengan aku tertidur sekali.. yang aku membebel tu pun, aku dapat post kul 4 pagi tadi sebab semalam tak sempat pos abang dah ajak tidur.. huhuhu... Mula-mula aku tidur dengan abang jer.. sedar-sedar ada sorang Auni tidur dengan aku, aku pun tak sedar bila dia bangun baring sebelah aku.. Lepas tu aku solat isyak sebab semalam tertidur, lepas solat isyak tu aku masuk bilik, Auni Auni Auni ni macam dah terbangun, biasanya waktu macam ni kalau diaorang terbangun diorang nak susu, bila aku nak keluar bilik balik, tiga tiga orang menangis.. jadi aku pun buat susu untuk dorang.. sempat pesan jangan nangis yer... abah nak buat susu... aku keluar bilik.. lagi kuat diorang nangis.. huhuhu.. masa ni wife aku tidur lagi.. bila dah kuat nangis baru dia tersedar lepas pujuk Auni Auni Auni..

Lepas buat susu bagi kat Auni Auni Auni.. terus diam.. heheheh.. sian anak abah.. aku pula nak sambung tidur balik tapi tak lena sangat.. sebab dah nak subuh...

Sebab tu lah aku mengantuk agaknya kan??!! huhuhuhu...

Ulasan

gadisBunga berkata…
saya pun nak tau petua hilang mengantuk lain. kalau ada tolong la bagitau. :)
:|: TinTa Kibod :|: berkata…
sejok+kenyang=kombinasi mantap mata layu..hehe..

petua eh..tah lah...saya klu betul² dah menguap mata dah berat...baik bangun..jln²..keluar opis jap tengok pemandangan dr atas..kekeke...

*entry baru Kurang atau TERlebih manis
*disini CoMeL²
Mama Kembar 3 berkata…
cam sama kes laa kita, kat opis ngantuk sbb mlm tak cukup tidur sbb bangun buat susu si kembar. Mama nak hilangkan ngantuk, minum kopi mmg tak dak kesan dah. So asyiklah mengunyah jajan...tu yg badan ni 'comei lote' sgt nih huhuhu
Huszaini berkata…
gadisbunga: oo.. pun slalu ngantuk gak ekk??!!

tinta: hehehe.. memang terbaik kombinasi tu!.. woo.. jalan2 dalam opis pun sejuk... huhuu tapi ok gak kan.. tak ngantuk..

mk3: hehehe.. sama kes.. jajan ok gak ek.. ni pun dah tersangat comel walaupun tak makan jajan.. huhuhu

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!