Kita buat beraya dengan geng kembar pula nak?

Balik dari berkelah hari tu aku ada terfikir nak buat lagi perjumpaan, sebab aku rasa seronok bila dapat kumpul ramai-ramai geng kembar. Bila aku aturkan perjumpaan kali ke 2, aku berharap yang dapat datang ramai sikit dari yang pertama, sebab yang pertama aku dapat kumpul 7 geng kembar, yang kedua ni dapat kumpul 10 geng kembar pun dah bagus walaupun aku target 15 famili kembar.

Alhamdullillah, aku tak sangka dapat kumpul lebih 20 geng kembar pada hari ahad lepas. Walaupun penat, aku dan famili tetap seronok dapat jumpa yang lain. Mungkin kita tak dapat beramah mesra sangat, tapi aku harap ianya menjadi permulaan ikatan ukhwah yang kita bina supaya kita dapat kekalkan didunia maya dan dunia luar.

Jadi aku bercita-cita nak buat perjumpaan geng kembar berhari-raya pula. Mana laa tau, kot-kot korang free masa bulan syawal nanti, boleh kita jumpa lagi dan ajak geng-geng kembar yang lain lagi. InsyaAllah, dengan sokongan korang semua, barulah jadi apa yang kita nak buat.

Tapi tobatlah! Aku tak mau buat sorang-sorang lagi, penat woo.. berpeluh ketiak.. hehehe nanti kalau ada lagi perjumpaan korang tulun aku yer! Heeee...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Ulasan

Zakiyah Zainon berkata…
idea yang menarik..saya sokong hehehe
Izan Ishak berkata…
wahhh...menarik tu!
boleh je kalau nak beraya2 area kl selangor kan. boleh singgah umah nenek affan afnan kat banting~ tp kalau nak konvoi sampai johor lagilah dialu2kan~
mama syaurah berkata…
idea yg menarikkkk....
lin berkata…
wah...!!! besh2... kami ( lin n annabella) stuju dengan cadangan ummi affan n afnan tu!!! yey..!!! jom raye kat banting!!!
adex-aieda berkata…
apa salahnye plak...kali ni kiter plan bebetol...caro tukang pembantu...ygleh organize...tmpt cam ri tu pon dh ok..luas,,bebudak leh main2....yg penting kiter enjoy....
ida berkata…
boleh jer bro..plan bebetul, lantik laaa sapa2 yang leh tolong ...tak laaaa u kelam kabut sengsorang, leh pengsannn
~: nisa :~ berkata…
setuju sesangat.... walaupun masa gathering hari tu tak dapat berkenalan dan beramah mesra ngan semua family, at least dapatlah bersua muka bertegur sapa di alam nyata yang selama ini hanya bersua kata dialam maya ... (ceeeewahh ayattt..)
Huszaini berkata…
kena bagi cadangan tempat yang best ni untuk berkumpul!! nanti kita buat poll yer!!
Mama Qiestina berkata…
abg aseng, yat dah tempek syomel peek gath geng kembo kat entry ini :

http://huneyhubby.blogspot.com/2011/04/si-kembar-mereka-sememangnya-anugerah.html

nanti tlg kenalkan eh, yat tak kenal sgt derang.ehehe
AzharAzfar berkata…
kalau boleh..tempat yang luas mcm hari tula.. seronok tgk bebudak lari2..luas kawasanya..
Love... berkata…
sokong... jom kite beraya sesama
inajay berkata…
er.. nk sokong jugak bleh? ekekeke....
Huszaini berkata…
ermm.. kita nak buat kat luar ke serbu rumah geng kembar? hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!