Soromban!! Tunggu aku datang!! huk huk huk...
OInsyaAllah awal bulan depan bermulalah kerja baru aku tu.. Masih tak dapat surat lapor diri lagi, mungkin hari ini, mungkin minggu depan kot baru dapat surat. Cuma aku dapat tau dari sumber dalaman yang boleh dipercayai...
Mengikut sumber tu, aku akan ditempatkan ke Seremban. Alhamdullilah walaupun luar Klang Valley tapi masih boleh untuk aku berulang alik pergi kerja dari rumah putrajaya nih..
Tengah berkira-kira nak ulang alik naik motor atau komuter. Macam mana pun memang kena bangun awal laa huhuhu...
Nanti mama laa yang kena hantar Amrafahan, bukan aku lagi yang hantar, nanti mesti aku rindu sangat sangat tu. Nanti dorang balik dari taska pun mama yang kena ambil, bukan aku lagi dah.. Mesti aku rindu kat Amrafahan nanti, sebab balik kerja mesti aku sampai lewat petang... Masa dengan Amrafahan dah kurang, tak bestnya.. Tapi aku tau, aku kena sabar dan berkorban, semua nih untuk dorang juga, kerja yang aku dapat nih pun rezeki anak anak. Rutin hidup aku berubah untuk sekelian kalinya...
InsyaAllah aku berharap aku cepat dapat sesuaikan diri dengan tempat kerja baru dan rutin baru aku tu nanti.
Mungkin juga aku akan kurang bercerita pasal Amrafahan lagi... Entahlah siapa yang tahu? Aku harap harap itu tak terjadi. Aku seronok share cerita Amrafahan dengan korang. InsyaAllah aku cuba yer!
Oklah nal pergi solat jumaat nih! Daa

Published with Blogger-droid v1.7.3
Ulasan
comelnye tgk si kembar nih....
dtg follow skali..terpikat kecomelan si kembar...hihihi
Ni pandangan “kak So” kalau nak naik motor ler… kalau rezeki lebih nanti tukar ler ke motor “Yamaha FZi150” up sikit daripada RXZ tapi motor ini direka untuk perjalanan jauh dan jimat minyak so nak bawa laju2 tak mo nya dia hahahaha kecuali kita modified la…
Cuba la cari FB kelab motor ini - FZ150i CLUBBER
Kita ni yang dah kahwen dan ada anak2, keselamatan yang utama kan... so tak der masanya nak bawa motor macam ‘nak masuk kubur’ hehehehe
http://akaunhidup.blogspot.com/2011/06/honda-wave-vs-yamaha-fz150i.html