Sedih laa...

Pagi tadi aku hantar wife aku ke opis dia dulu sebab dia nak gerak dah ke Cherating.. Bila dia angkat beg dan barang barang dia masuk kereta opis jer... aku tengok Abang mata dah bergenang air mata... Auni Auni Auni dah menangis.. Sedih pula aku tengok.. yelah biasanya kami hantar diorang dulu baru masuk opis... abang tadi sibuk nak ikut mama dah keluar kereta tak nak masuk kereta balik dah.. 

Ermm.. aku tau, kalau wife aku pergi terus macam tu, budak budak tu akan meraung sekuat kuatnya.. jadi aku suruh wife aku masuk kereta hantar dorang dulu ke taska baru laa boleh gerak ke Cherating.. kalau tak 4 4 menjerit dalam kereta jenuh aku nak pujuk... 

Bila dah sampai taska hantar diorang ke taska barulah ok sikit.. takdelah nak menangis meraung bagai.. Alhamdullillah dorang sampai taska terus jer masuk.. takde laa nak menangis nak ikut aku or wife..

Cabaran nanti bermula balik kerja petang karang.. Harap harap tak de laa meragam ke apa.. risau gak aku.. huhuhu... Hari Sabtu nanti baru wife aku balik sini.. lama tuuu!!! Doakan aku supaya tak bertukar menjadi resakse kepada anak anak aku yer! hehehe

Ulasan

Mama Kembar 3 berkata…
alaaa ciannya amrafahan kena tinggal, mesti rindu mama tu nanti. Mama nye pun mesti tak senang hati kat cherating asyik dok rindu anak anak kan. Good luck Abah, moga tak jd raksaksa yer nanti. Jangan nnt mama balik mama yg jadi raksaksa sbb tgk umah cam tongkang pecah hehehe
aizamia3 berkata…
ala sedihnya nak tinggalkan anak2.. moga mamanya tenang di Cherating..

buat Abahnya, moga tidaklah bertukar reksaksa besar, kecik2 cukuplah.. ;)
Izan Ishak berkata…
sedihnya..izan yg baca pun rasa kesedihan anak2 kecik tu semua bila mama gi otstesen. takpe2... kita doakan abg amrafahan tak bertukar menjadi resaksa gorgon ye...
Sharifah Nadzarah berkata…
ala siannya auni3 & abgnya..dapat rasakan kesedihan itu..iskh..iskh..
tapikan..mama diaorg slalu ekk..gi kursus...
p/s abah dia x sedey ker..huhuhu
Noriz berkata…
sya masa nak ke Perth dulu, anak meraung sampai lompat kat badan bertenggek tak nak lepas..huhu

dan kesian kat hubby lah kena jaga diorang... siap pesan kat jiran tengok kan takut hubby betul jadi raksasa...hahahah
Suliana berkata…
ala siannya... en husz mesti sabar byk2 ye :-)
syiela berkata…
siannya amrafahan kena tinggal.. mesti mama pun ssh hati jugak... jgn abahnya btukar menjadi raksasa dan mama pun blk jadi raksaksa sudah ye.. :)
hanyzaini berkata…
sedih...tempat best tak leh nak share dengan dorang.. tengok anak2 orang lain happy kat sini..mama dah macam nak meraung..huhuhu

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!