Rabu, 22 Jun 2011

Cinta bertaut kembali!

Pagi tadi aku ada sedikit hangin dengan bini aku, tapi itu cerita pagi tadi.. Sekarang nih lepas dia beri servis yang baik dan aku sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan, aku tak hangin lagi dah dengan bini aku, malah aku bertambah tambah sayang pada dia...

Hampir 5 tahun susah payah aku bersama dia, jarang sekali dia kecewakan aku.. Baru pagi dia buat hal aku dah teremo... Huhuhu maafkan aku BaHaYa (nama bini aku) kerana teremo, tapi tetap sabar layan kerenah aku..

Setelah dihantar ke klinik kereta tadi, performance kau semakin baik dan I like!!

Oh BaHaYa, lepas ni takmo majuk majuk lagi tau... Susah hati tuanmu ini...
Published with Blogger-droid v1.7.2

4 ulasan:

Hanis Azla berkata...

klu merajuk lagi kenalah pujuk lagi.. he..he..

MamaFarhan berkata...

la keta rupanya... kalu majuk jugak???

Rai berkata...

sayang bini tangan tangankan.. hehehe

Huszaini berkata...

hanis: haah kompom.. kalau tak patah kaki woo

mamafarhan: hehehe jangan kompius aa kalau majuk kena laa pujuk juga.. nanti patah kaki lagi susah..

rai: haah dah kena tangan dah! hehehe

exabytes unlimited