Aqil Aqil Aqil..... dan Abah Aqil!

Pagi tadi aku pergi hospital, sebab ada apointment untuk buat ultrasound. Dulu masa wife aku mengandung, aku ingatkan ultrasound ni untuk perempuan jer.. Rupanya untuk laki pun boleh aa.. huhuhuhu... tadi masa menunggu kat unit x-ray, yang masuk bilik ultrasound tu, semua perempuan. Aku jer lelaki.. heee... Wife aku dan Aqil teman aku tadi.

Bila nama dipanggil aku pun masuk laa.. bila doktor buat ultrasound, memang ada jumpa batu karang kat pinggang sebelah kiri aku... patut laa asyik sakit pinggang, sengal-sengal jer pinggang aku nih... rupanya ada lagi batu karang yang tak habis keluar hari tu...


Doktor kata kecil jer... disebabkan kes aku ni dari klinik, unit x-ray hospital akan beritau keputusan pada klinik. Dari apa yang diberitahu, biasanya klinik akan ambil keputusan seminggu atau 2 minggu lagi... Errmm.. jenuh tunggu... sekarang nih boleh laa aku tahan sebab tak sakit sangat... Harap-harap dalam tempoh ni sempat aku jumpa doktor dalam keadaan sihat, tak sakit.. nanti kalau dah sakit macam mana aku nak ke klinik?!! huhuhu...

Lepas aku buat ultrasound, aku hantar Aqil ke klinik pula sebab dia kena alergik, rasanya makanan seafood.. sebab selepas dia makan mee semalam, tanda-tanda merah kat badan dia naik banyak... Bila jumpa doktor, doktor kompomkan memang alergik.. doktor bagi  ubat tahan gatal, ubat sapu dah ada kat rumah.. banyak gila! Dulu masa Auni Auni Auni sakit, kitaorang diberi ubat sapu ni sampai 3 botol untuk seorang satu, tapi gunanya sebotol jer.. Nasib baik ada lebih, bolehlah sapu ubat pada Aqil semalam sebelum dia tidur.. Risau juga kalau dia garu tempat merah tu, nanti luka berdarah pula...

Lepas balik dari klinik, aku hantar si Aqil ke taska, tapi dari dalam kereta lagi cakap tak nak pergi sekolah, tak nak pergi sekolah... err.. taska sebenarnya... tapi kami bahasakan sekolah jer.. Bila aku angkat dia masuk dalam taska, Aqil dah meraung-raung menangis tak nak pergi sekolah... nak ikut abah.. nak ikut abah...

Aku paksa juga hantar sampai depan bilik dia, tapi bila aku nak keluar jer, si Aqil ni berlari keluar bilik, menangis jerit-jerit sampai hilang suara, tak nak sekolah nak ikut abah.... aduihh.... Tewas aku.... naluri abah ni tak boleh tengok dia nangis... tak sampai hati pula... nak tak nak kena laa bawa dia pergi opis nih...

Saat aku taip entri ni, Aqil tengah main-main dengan opis mate aku.. nasib laa ramai nak melayan si Aqil nih... terima kasih yer kawan-kawan!!

Hermmm... seronok si Aqil dalam opis nih... tak boleh ajar selalu nih... tak jadi kerja aku nanti.. huhuhu....

Budak bertuah nih!!!

Ulasan

Mama Zara berkata…
kami pun bahasakan taska tu sebagai sekolah :)
Huszaini berkata…
haah.. senang nak cakap.. hee...
nalhuda berkata…
anak saya pun selalu buat hal macam tu semasa dia kat taska. semenjak saya hantar tadika & transit, tak layan dah. dulu kat taska selalu ikut babah dia pergi kerja.
Izan Ishak berkata…
ohhh...aqil anak abah ye. mmg kalau anak2 nangis..abah/ayah cepat betul cair. tak sampai hati kan~
Huszaini berkata…
nalhuda: tulah... abah cepat cair aa... huhuhu... tengoklah dah besar nanti.. hee...

Izan: hehehe.. buah hati abah... memang cair aa... sungguh2 dia nangis tadi!
awEEN berkata…
heee..comelll =)
lady dayana. berkata…
hhuhu nakal nya aqil nii tanak g sek plak. :P
Mama Kembar 3 berkata…
ehh apsal lak tak jadi keja? suh laa aqil buat semua keja abah...free labor tuh hehehe ;-)
Axie04 berkata…
abang ipar saya pun ade batu karang
klu sakit memang berguling la

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!