Sabtu, 16 April 2011

Dilarang Masuk!!

Aku baru tengok preview filem Dilarang Masuk ni kat TV9 tadi dalam rancangan choopp!! Ermm.. Ingatkan menarik tapi... entahlah...

Baik aku tengok cerita RIO laa.. sebab aku dah habis main game dia nih! hehehe.. Ni gara-gara main game Angry Birds RIO laa nih... hehehe...

Kalau dalam game, Angry Birds 1 dan Angry Birds Season, burung-burung ni lawan dengan babi hijau ni.. tapi untuk Angry Birds Rio ni, burung lawan burung juga!! Burung kakak tua yang tamak dan jahat!! Best woo main game nih!! Sanggup tak makan sebab nak habiskan level dia! hehehe


Err.. berbalik pada tajuk.. harap korang teruskan membaca yer.. heee....




Babak cemas menyaksikan pertelingkahan antara Bad (Muniff Isa) dan Ronnie (Azma Aizal Yusoof).



'Dilarang Masuk' Tidak Seperti Jangkaan

Ulasan WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)

TIDAK ubah seperti 'indah khabar dari rupa', mungkin pepatah itu paling tepat untuk merumuskan tentang filem ngeri dan suspens, Dilarang Masuk (DM) arahan Jeffrey Chiang ini.

Secara visual, DM nampak seperti filem ngeri dan suspens ala Wrong Turn (2003) ataupunThe Silence of the Lambs (1991) tetapi pengisiannya dangkal dan longgar.

Maka, tidak keterlaluan menyifatkan DM sebagai sebuah filem yang tidak seimbang.

Aspek teknikalnya memang membanggakan. Percubaan produksi Cineworks menggunakan kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) Canon EOS 5D Mark II untuk merakamkan filem ini ternyata menghasilkan visual yang istimewa.

Diperkuatkan pula dengan pewarnaan filem yang suram dan kelam lebih membangkitkan keghairahan dalam mengupas misteri di sebalik plotnya.

Malah, syot-syot yang baik dan suntingan filem ini berjaya menghasilkan transisi babak yang lancar dan segar.

Pun begitu, kekuatan sudut teknikal itu gagal melonjakkan DM kerana ia dicemari kecelaruan naratif dan plot yang longgar.

Bagai tiada arah, ungkapan dialog yang dilontarkan para pelakonnya gagal menaikkan momentum debaran dan suspens.

Malah, kebanyakan dialog juga dirasakan tidak bersesuaian dan bertentangan dengan babak-babak yang dipaparkan.

Contohnya, ungkapan dialog yang santai dan tidak relevan pada babak cemas atau seram, bukan saja menjengkelkan malah merencatkan tumpuan tontonan. Jika bukan kerana sokongan teknikal yang baik, nescaya DM akan binasa.

Muka-muka baru yang menjadi pertaruhan filem ini pun tidak berhasil seperti yang diharapkan.


Shiqin Kamal tidak meyakinkan menggalas watak Fatia.


Mungkin paling menarik perhatian adalah Azma Aizal Yusoof (sebagai Ronnie) yang bersahaja dan meyakinkan dalam memacu karakter antagonis.

Manakala tiga lagi bakat baru iaitu Shiqin Kamal (Fatia), Isma Hanum Husein (Juli) dan Muniff Isa (Bad) gagal menyerlah.

Paling mengecewakan adalah lakonan Shiqin Kamal yang kaku, hambar dan tiada jiwa. Jika diikutkan, Shiqin ternyata lebih berpengalaman menerusi filem Lagenda Budak Setan(2010) sebelum ini tetapi aksinya dalam DM masih di takuk itu juga.

Kemunculan aktor berpengalaman yang juga penerbit filem ini, Esma Daniel sebagai lelaki psiko bernama Rawis pula sekadar melengkapkan filem.


Pengarah dan lakon layar, Jeffrey Chiang kurang berkesan menggarap Dilarang Masuk.


Jelas sekali, lakon layar dan garapan lemah filem ini tergalas di bahu Jeffrey Chiang yang kurang berkesan mencorakkan DM sebaik mungkin.

Kalaulah filem ini diimbangi plot, naratif dan garapan yang baik, DM sebenarnya mampu menjadi filem yang berkualiti kerana terdapat mesej dan tanggungjawab sosial yang baik di sebaliknya.

Ringkasnya, filem ini mengupas tentang aktiviti pendermaan organ secara haram yang berleluasa di serata dunia.

Misteri DM bermula apabila empat sekawan Fatia, Ronnie, Juli dan Bad yang tersesat di dalam hutan bertemu dengan sebuah banglo usang.

Memandangkan hari semakin gelap, mereka memutuskan untuk bermalam di rumah itu. Tanpa diketahui, kedatangan mereka sebenarnya telah merungkai sebuah misteri yang bakal menentukan hidup dan mati mereka.


  • FILEM: Dilarang Masuk
  • ARAHAN: Jeffrey Chiang
  • LAKONAN: Shiqin Kamal, Isma Hanum Husein, Azma Aizal Yusoof, Muniff Isa, Esma Daniel
  • GENRE: Ngeri, suspens, misteri
  • DURASI: 1 jam 30 minit
  • EDARAN: Metrowealth
  • TAYANGAN: 7 April 2011

Sumber

2 ulasan:

OrAng_PeRLiS_mEnULiS berkata...

http://cikgumanstation.blogspot.com/2011/04/review-dilarang-masuk.html

review saya pasal filem DILARANG MASUK... jemput baca...

Huszaini berkata...

Ok bro, tq! dah baca dah! :)

exabytes unlimited