Alhamdullillah dapat dah!

Semalam petang aku dah wife aku pergi Bank Rakyat. Memang kena beratur laa.. sebab dia buka nombor giliran sampai 50 jer..

Aku sampai lebih kurang 2.30 petang lepas solat jumaat. Ingatkan tak sempat, sebab ramai betul yang beratur semalam, kita orang dapat nombor yang last-last juga laa..

Walaupun kena tunggu dari pukul 2.30 petang sampai kul 5 petang, tapi aku rasa berbaloi laa.. sebab aku pertama kali nak buat saham ni. Wife aku cuma nak tambah jer..


Kita mula sikit-sikit dulu laa.. mana tau ada rezeki lebih boleh tambah lagi.. tapi tak tau bila saham BR ni nak buka lagi?! Tunggu pilihanraya kot..

Rasanya macam nak dekat jer pilihanraya umum kat Malaysia nih... entah-entah hujung tahun ni.. tak pun awal tahun depan lepas banjir.. hehehe.. ye ye jer aku teka nih.. yelah.. takkan nak buat PRU 13 dalam banjir lak..

Pada sesiapa yang tak berkesempatan nak beli saham ni, rasanya Isnin ni masih sempat lagi. Try laa pergi BR mana tau ada rezeki kau orang..

Apa yang korang kena sediakan ialah 3 salinan borang tambah saham, 2 salinan kad pengenalan, bagi yang tak akaun BR kena buka akaun, tapi di BR presint diplomatik ni bagi beli saham dulu baru buka akaun kemudian. Sebab kalau buka akaun sekali ambil masa lama, jadi diorang nak selesaikan pembelian saham dulu baru buat buku akaun. Minimum buka akaun RM10 kata pegawai bank tu kat aku. Lebih-lebih pun RM20 jer rasanya..

Kalau kau orang nak beli lebih dari dari minimum 500 unit, kena isi borang lain, nanti Bank Negara beri kelulusan, baru boleh dapat nilai yang korang nak tu... rasanya bulan 5 nanti baru tau kelulusan.

Pada adik-adik abang-abang kakak-kakak rebutlah peluang nih.. bukan senang nak dapat tau! Isnin ni ada lagi rasanya!! Mohonlah! Mana tau sempat! Dah ada simpanan dah..

Ulasan

Mama AqiL berkata…
selamat sempat yea...

mmg tak rugi beratur lama2...apa2pun..mmg tak berbaloi lah beli saham nie...

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!