AMRAFAHAN dapat jam tangan baru!

Hari tu aku bawa diorang pergi Mydin sajalah nak beli susu... Si Abang nih macam dah tau jer masuk Mydin nak beli jam tangan Ben 10.. mula-mula tu aku buat tak tahu jer.. Bila dah ambil susu tu, si abang ajak juga ke tempat gantung jam tangan budak-budak kat Mydin tu.. Ingat pula dia kat situ sebab sebelum ni pernah belikan dia jam kat situ...

Disebabkan mama tak suka apa-apa saja yang berkaitan dengan Ben 10, aku belilah jam Ultraman.. nasib laa ada.. kalau tak kena beli juga yang ben 10 tu... Bila sorang dah semua semua pun naklah.. kenalah beli empat.. kang berebut pulak.. ingat nak beli kaler lain-lain.. kan berebut.. ermm... baik beli sama senang... huhuhu....

Aku tengok AMRAFAHAN ni pakai jam sehari jer... lepas tu tak nampak dah mana jam tu.. huhu hai lahh anak-anak... sabar jerlah... Kalau macam nih kayalah segala tokey-tokey barang ni kan Mama Kembar 3 kan!!


AF dan jam barunya


Trolli Mydin ni kecil laa!! tak muat depa duduk semua dalam nih! huhuhu


Ni Abang punya!

Ni AH dan AN punya

Ulasan

Axie04 berkata…
saya pun baru je hari sabtu lepas belikan Almira jam tangan, kat Mydin jugak, pakainyer sehari je, pastu ilang kemana x tau la. nasib la 4 inggit je.
Rai berkata…
hehe..penuh je troli dgn anak-anak..biasa la budak2..masa nak macam nak ribut..bila dah dapat mainnya sekejap je..
Huszaini berkata…
axie: tu laah.. huhuhu kejap jer dah selamat.. mana tah perginya...

rai: heheh.. troli tu kecik.. kena sabar jerlah dengan budak2 nih... hehehe
Sarah Amanda berkata…
itu taktik mengkayakan peniaga-peniaga tempatan.huhuhuhu
cik rama-rama berkata…
hihi...pky sehari utk puaskan nafsu berjam jer...nt esk2 amrafahan nk jam analog pula..hihi
mamaNoriz sini.. berkata…
brp hrga kat mydin ek?
sbb kat luar mahu lebih rm10 satu kan...
tak koser beli mahal2, pakainye tak smpi sehari pun...huhu
Mama Kembar 3 berkata…
ya betul, betul, betul! mari kita mengkayakan tokey tokey bendaalah tu semua huhuhu

janji anak anak happy kan? ;-)
Huszaini berkata…
sarah: ha ah.. huhuhu

cik rama2: lambat lagi....

mamanoriz: kat mydin rm3.90 jer.. hehehe tu yg tak ralat sangat tu..

mk3: hehehe betul tu mama!! tapi takleh selalu!! huhuhuh

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!