Mama Farhan tanya AMRAFAHAN jawab!

Salam petang,

Kita sambung lagi soal jawab kita yer!! Kali ni datangnya dari Mama Farhan. Alamak! Tak boleh nak cilok apa-apa dari blog dia sebab nanti kena denda!! Tapi aku cilok juga sebab nak tunjuk benda nih!! Habislah aku kena denda!!! huhuhuhuhu Ampun buk!!


Ok soalan Mama Farhan ni berbunyi..

nk ty... mcm mana handle 4 org anak dlm kereta... x riuh rendah ker? sedangkan yang seorang ni pun pening ni kan pulak 4 org sekali gus...

Jawab aku berbunyi macam ni...

Ok! Mula-mula masa keluar NICU dulu kalut gak aaa... macam mana laa aku nak buat ni ekk!!! <== bukti aku orang johor sebab guna ekk!! walaupun mak bapak aku bukan asal dari johor... huhuhu... ok sambung.. Masa tu ada 1 jer baby car seat, si abang punya, jadi aku fikir kena tambah lagi dua sebab nak bawa dari wad nicu ke lobi hospital bukannya dekat... jadi tak boleh nak dukung macam tu jer sebab dia orang kecil sangat!! takut gak nak dukung-dukung kiri dan kanan. Sampai kat kereta masa tu susun 2 car seat kat belakang, 1 car seat kat depan. Wife aku duduk belakang dengan si abang, seorang kembar duduk depan.. Nak tengok? Meh tengok kat sini!

Sekarang ni susun ketiga-tiga kat belakang.Wife aku dan si Abang Aqil kat depan. Huhhh... sekarang nih dengan kerenah abang lagi... lepas tu sekarang ni si kembar dah pandai memberontak tak nak duduk diam dalam car seat nak bangun jer! Kalau dapat berdiri kat car seat tu 3 3 orang tu adalah 1 kejayaan besar yang akan diraikan dengan jeritan yang abah pun tak paham! Kalau bernasib baik disertai pancutan air liur ehh.. hembusan air liur oleh mereka-mereka ini!!

Jika Abang mengacau adik-adiknya maka abah akan bertukar menjadi tarzan ekk.. tak best.. seksi.. jadi.. ermm... apa ekk.. ermm.. apa nih.. tak keluar lagi nih... ermm apa ekk.. haaa.. jadi batman.. ehh betmen tak jerit.. haa.. jadi hulk laa.. maka gegak gempitalah dalam kereta ku itu.. huhhuu.. tapi kejap jer... lepas tu aku tewas dengan drama si abang... huhuhuhu... elok-elok tengah menangis.. bila pujuk terus boleh ketawa-ketawa! Kompius abah? ni nangis betul-betul ke main-main? hhuhuhu...

Macam nilah dia orang dalam kereta... Sorry yer.. kalau menyebabkan per loading an kau orang terlambat... Sebab aku kat rumah ni laju jer.. macam biasa jer. hhuhuhu




Nak panjat ke depan!




Duduk dengan dengan adik

Si Abang Aqil nak duduk belakang pula!

Hah! ni terjatuh sendiri sehingga menghempap orang lain!

Ulasan

mama maman aka yana berkata…
cumil2 semua... nak besar sorang pun susah.. ni lagi 3... kuat semangat dan penyabar sungguh.... salute to u...
terima kasih! Alhamdullillah dia orang mudah dijaga
aida4eva berkata…
alahai.comelnye*heart melt*
MamaFarhan berkata…
mak aiiii mcm ni ker? hadoiii la... nasib la paan diikat dengan kuat dlm carseat... kalu x mau pengsan mama dia... jauh ooooiiii gombak ke desa pandan..huhuhuhuh
mamaelly berkata…
hihihih sabar je la kan..anyway..memang menghiburkan mereka2 nie..sy boleh bayangkan cam mana la dalam kete tu..mesti riuh
:|: TinTa Kibod :|: berkata…
ekekeke...comel2...kamu semua sila buat lg mcm ni ye...bg abah kamu pening! ekekekkee...

"eekkk"<--joho juge :p
:|: TinTa Kibod :|: berkata…
ekekeke...comel2...kamu semua sila buat lg mcm ni ye...bg abah kamu pening! ekekekkee...

"eekkk"<--joho juge :p
lady dayana. berkata…
hahhaha best nya tgk dorg nih !! dah la sume kecik2 ramai plak. mmg ayah penyabar betul :))
aida: hehehe tq yerr

mama farhan: skg memang nak dok dalam baby car seat, nnt dah besor sikit tengoklah nnt

mama elly: haah memang riuh! semua ada nangis jerit ketawa! huhuhu

tinta: heepp!! mana bleh!!

lady: hehehe.. sabarrrr sangat! kekeke
Ukhtie Rashidah berkata…
papa triplet:Macam tu le sementara nak besar...(kami rasa kembar dua masih terkawal lagi kot)...eh kenapa pulak ada kot...kekeke...
went through those experience and miss it a lot:)-


Nanti dah pandai bawa diri ok la tu...boleh basuh pinggan sendiri...kalau tumpah air boleh lari dapur amik kain buruk n lap sendiri(tak perlu suruh)....Boleh keluarkan baju dari beg taska dan terus masuk dlm washing machine...ha....

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!