Auni Faqihah muntah-muntah!

Assalammualaikum,

Hari ni aku bercuti kerana AF muntah-muntah, sampai lembik badan dia, semalam muntah sekali, pagi tadi sebelum ke taska sekali, dah sampai taska muntah lagi.. Aku tak boleh tengok dia macam tu, terus minta taska salinkan baju dia dan bawa ke klinik.

Aku pergi ke Klinik Kesihatan Presint 3 Putrajaya berdua dengan AF, wife aku tak dapat ikut, Alhamdullilah tak ramai sangat orang. Bila sampai giliran jumpa pembantu perubatan, dia periksa perut anakku, ok.. takde apa-apa, dia kata mungkin sebab susu, aku pun tak pasti sebab sebelum ni elok jer, selepas di periksa ketika itu AF tak demam, cuma selsema dan batuk, MA kata mungkin sebab batuk, mungkin juga la.. sebab malam tadi aku terdengar batuk anak aku, tapi tak pasti siapa, gelap.. selepas batuk aku tengok ketiga-tiga anak aku tidur lena.. Aku ingatkan tiada apa-apa. Jadi aku sambung tidur.

Selepas ambil ubat, aku berjalan sambil tolak stroller ke kereta. Semasa aku dukung AF nak masukkan dia ke dalam kereta, dia muntah lagi, habis kena baju aku, sebelum ni aku berkira-kira selepas hantar ke klinik nak hantar ke taska, terus cancel, takpelah aku cuti hari ni, jaga AF asalkan dia sihat. Selepas muntah masuk kereta terus lena AF. Penat agaknya..

Sampai dirumah, AF masih tidur, aku angkat baby seat dan biarkan dia tidur didalam tu seketika, saja aku taknak mengganggu dia. Selepas beberapa ketika, AF terjaga, menangis minta di dukung, selepas dukung aku berikan dia ORS yang dibancuh pagi tadi bagi menggantikan susu, boleh tahan sehari selepas dibancuh ORS ni.

AF baring kembali, tenang, tapi tiba-tiba dia muntah lagi, keluar ORS yang diminumnya dengan makanan yang tak hadam, aku rasa makanan tu dari taska, sebab aku takde beri pun makanan macam tu. Mungkin AF susah nak hadamkan makanan tu, jadi dia muntah lagi.

Sekarang ni selepas di cuci muntah dan dibaringkan, bagi AF tengok Baby First Channel, dia kelihatan tenang, aku dah masakkan bubur kosong untuk dia. Harap-harap dia tak muntah lagi, nasib selera makannya masih ada.

Pesan MA, jika terjadi lagi, aku kena datang lagi untuk ambil darah pula. Aku berharap tiada muntah lagi. Selepas sapukan minyak yu yein di perut, dada, tapak kaki dan pelepat lutut AF nampak lebih tenang. Moga anak abah ni tak sakit apa-apa lagi dan terus sihat. Bukan apa, anak aku lahir pra matang, jadi selagi belum berumur cukup 2 tahun, aku kena alert setiap apa yang terjadi pada anak aku, begitu pesan doktor kepada kami berdua. Semoga selepas ni ketiga-tiga anak-anak ku terus sihat dan kuat angkat besi berenang berlari... ekk.. ternyanyi pula! Siapa ingat lagu tu? hehehehe... Ok serius.. sambung balik, aku berdoa agar AF, AH dan AN terus sihat tak mau sakit-sakit dah! Abah risau!! Abah sayang anak anak anak anak abah semua!

Wassalam...





Mula-mula sampai di Klinik Kesihatan Presint 3

Main kotak air yang kosong

Baikkk!! Punya duduk!

Ambil gambar sebab nak tengok kena badan aku ke tak

Tak kena rupanya.. 

Sampai rumah dah.. masih lena..





**Nota kaki abah
Tidur dah anakku! Baguslah.. rehatlah nak.. nanti bangun abah suapkan makan..

Ulasan

CAK berkata…
get well soon faqihah..mmg kena monitor bile muntah2 ni. dia pernah jatuh ke terhantuk ke?
Izan Ishak berkata…
aunty moga2 AF cepat sembuh ye..
hanyzaini berkata…
sayang mama... moga cepat sihat...
mama risau sangat...
pg tadi pun muntahkan benda yang tak hadam jugak.. besar2 sangat..
cepat2 lah anak2 mama tumbuh gigi..biar buleh kunyah seme makanan ye..
alhamdulillah yg lain ok kat taska ni.. tak sabar nak jumpa gebu mama ni..
Ana: dengan aku takde la, tak tau kat sekolah.. tapi tengok ok jer takde bengkak ke apa ke

izan: tq yer Amin..
:|: TinTa Kibod :|: berkata…
makanan ape ye yg x hadam tu?
yg dr taska tu pn kene alert gk apa dorg bg mkn..huhu
nuni berkata…
ala siannya dia..semoga cepat sembuh
lady dayana. berkata…
syian nyeee..semoga auni faqihah cepat sembuh yep :)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!