Polis trafik kenit!

Malam tadi lepas jumpa geng kembar, kami jalan jalan kat pesta hari belia kat putrajaya. Saja jelah jalan nak tengok tengok apa yang ada, itu pun dah pukul 9 lebih, risau gak kalau tersangkut jem. Anak anak dah tidur, semua keletihan tidur pun berdengkur. Hehehe penat sangat agaknya...

Kami dapat laa masuk sampai depan menara usahawan tu, tapi jem laa... Aku ingatkan aku polis trafik jaga.. Rupa rupa budak kenit ni buat kerja amal...



Bagus budak nii.. Mula mula dia tahan kereta aku, dia bagi orang dari sebelah kiri aku jalan.. Lama juga dia tahan, aku tak boleh nak jalan sebab dia ada betul betul depan aku.. Aku apa lagi amik laa gambar hehehe... Lepas tu ada orang lain amik gambar dia juga... Budak nih macam suka pula orang amik gambar dia..

Bila dah macam tu ada kereta belakang aku potong aku sebab aku tak dapat nak bergerak... Lepas barulah budak ni bagi kereta aku jalan... Huhuhu yang sadis nya dia suruh semua kereta dari semua arah jalan siap buat isyarat tangan suruh kereta bergerak...

Err... Korang paham ker cerita aku nih... Aku pun tak paham... Aku taip entry ni sambil dengar taklimat kat opis aku nih... Huhuhu

Ulasan

Fyzal berkata…
first time ni sampai sini. kembar 3.. cousin aku pun ade kembar tiga tp dah besar-besar la semuanya.
Axie04 berkata…
huhu
sejuta impian tu
hehehehe
nuni berkata…
biar betul budak tu?betul ke budak tu?hehehe
:|: TinTa Kibod :|: berkata…
suka suki je budak nih..
iskk...

*entri baru Taklimat Harta Sepencarian..
ibu syafiq berkata…
budak nih mmbahayakn diri dia ja.sib baik pkai bju putih

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!