Rabu, 20 April 2011

Bila AMRAHAFAN dipaksa bekerja!!

Semalam petang aku dapat call dari wife aku, dia kata taska call, Auni Auni Auni demam menggigil-gigil, lalu aku bergegas laa pergi ke taska nak bawa diorang ke klinik.

Sampai taska wife aku dah bawa AMR dan AN, aku ambil AF dan AH, masa ambil diorang tu, AF dan ok sikit tak menggigil dah.. Cikgu taska dah selimutkan dia. Untuk pengetahuan korang kat taska situ air con dia centralizes jadi susah nak control sejuk dia, lagi-lagi kalau hujan jadi budak-budak kat sini memang senang kena selsema, tapi aku takde pilihan lain, kena hantar juga kat situ.

Bila dah hantar ke klinik, doktor check, Auni Auni Auni dah tak demam sebab sebelum datang klinik tadi dah makan ubat dulu. Doktor bagi ubat demam untuk Auni Auni Auni. Lega rasanya bila dengar diorang takde apa-apa. Si Abang dah sihat dah.. dah aktif balik... Alhamdullillah.


Balik dari klinik aku tengok jam dah pukul 4 lebih, si Abang merengek-rengek ajak balik rumah tak nak pergi taska, lepas hantar wife aku pergi kerja balik, aku termenung jap.. mana laa nak bawa nih... nak bawa balik taska macam tak best pula.. alang-alang dah dekat waktu balik nih.. ermm.. sudahnya aku bawa ke opis aku, sebab aku ada kerja yang tak selesai lagi... konon-konon bawa diorang pergi opis jadi dapatlah aku buat kerja aku..

Ermm... sudahnya... tak boleh buat apa-apa pun.. nasib laa ada kawan-kawan opis yang sudi melayan diorang.

Aqil sorang jer tulun abah buat keje





Masa ni, budak-budak opis aku berenti buat kerja melayan Auni Auni Auni... hehehehe

5 ulasan:

Auni berkata...

eh..nama sama laaa..3 org plak tuh.auni ape ni?? :D

Liza @ Adzriel AB berkata...

shiannya demam. memang risau sangatlah. kat ofis pun ramai pengasuhnya.

Mama Kembar 3 berkata...

Abah bayar amrafahan gaji ikut jam ke gaji hari nih? hehehe ;-)

Huszaini berkata...

auni: ehh.. rasa macam panggil anak sendiri kekeke

liza: haah kan.. bawak opis ramai nak tulun jaga! suka sangat!

mk3: err... free jer.. kekeke

Zakiyah Zainon berkata...

heheheh..kalau bawak baby ke opis memang ke 'laut' la kejanya...:P

exabytes unlimited