Isnin, 18 April 2011

Kasihan anak-anak abah!

Hari ini baru sekarang ni dapat update blog. Pagi-pagi lagi si Abang dah muntah-muntah, tak tau kenapa. Pagi sebelum nak pergi taska dah 3 kali muntah, sampai taska muntah lagi.. dia muntah lendir dan air jer.. mungkin sebab belum minum atau makan lagi pagi nih... patut laa masa aku mandikan dia, dia lembik jer... rupa-rupanya dia tak sihat... jadi lepas hantar wife aku pergi kerja aku bawa si Abang pergi klinik, kesian tengokkannya... lembik dah... kurang aktif macam biasa...

Sampai jer klinik, si Abang dah segar sikit, dah boleh minta nak main game handphone, lega aku bila tengokkannya. Bila bawa jumpa doktor, abang dah aktif sikit, doktor kata ni takde apa-apa sangat, bukan keracunan makanan sebab takde cirit-birit. Doktor bagi air garam jer untuk kembalikan tenaga si Abang.

Bila aku hantar ke taska si Aqil merengek-rengek nak pergi klinik, hehehe padahal baru balik klinik, sebenarnya dia taknak pergi taksa tu, jadi aku pujuk dia, ajak dia pergi beli nasi dan lepas tu pergi taska, nasib baik dia nak ikut, kalau tak jenuh laa nak pujuk dia pergi taska...

Bila aku ambil balik dari taska, penjaga Aqil kata dia ada muntah sekali kat taska, tak aktif sangat, lepas aku ambil Aqil tadi, dia muntah lagi depan pintu taska, alaa... kesiannya kat dia... tapi nampak dia ok lagi... cuma lemah laa... Lepas tu Aqil muntah lagi dalam kereta.. banyak pula kali ni sebab dia baru  lepas minum susu.. dia ada cakap dengan aku nak muntah, tapi aku tak sempat nak bawa dia keluar kereta dia dah muntah dulu.. jadi aku lap sikit-sikit sementara nak balik  rumah.

Cikgu Auni Auni Auni cakap pada aku, AH dan AN pun tak sihat, lemah jer... alahaaii.. kesian anak-anak abah.. Jadi aku bawa balik semua lagipun wife aku kena OT, jadi aku balik dulu untuk salin baju Aqil.

Sampai rumah, Aqil dah ok sikit, dah nak minum glukose, Auni Auni Auni, semua menangis lapar.. jadi kena buat bubur instant untuk AMRAFAHAN, boleh diaorang makan, bila dapat makan semua diam.. hehehe.. seronok tengok Auni Auni Auni makan... sampai 3 kali bancuh.. hehehe.. aku tak kisah, janji anak-anak nak makan.. bila semua dah kenyang, kita sua sudu, Auni Auni Auni punya aksi tak nak makan lagi tu, buat aku gelak, siap tutup mulut toleh ke arah lain dengan badan-badan sekali beralih.. hehehe... tiga tiga tu sama jer peel nya... Lepas tu buatkan susu bagi diorang minum... Masa nih dah maghrib jadi aku solat dulu lepas tu dalam pukul 8 lebih baru pergi ambil wife aku balik kerja.

Masuk kereta aku letak diorang kat carseat, lepas tu bagi susu, ehh.. masa ni baru aku perasan, botol kurang sebiji.. mula aku bagi susu pada AF dan AH, AN tak dapat lagi.. tengah aku cari botol lagi satu tu, aku dengar  AF nangis.. rupa-rupanya botol dia dah kena rampas dengan AN kekeke.. dia punya menangis... pehh.. sekuat-kuat tidak.. taknak berenti.. bila nak pinjam botol abang, si abang nii tak kasi pula.. nak taknak aku bagi botol lain yang putingnya lain sikit, si AF ni taknak juga.. ermm.. pening aku mana laa botol lagi satu nih... Bila tak  jumpa juga, aku keluar juga laa pergi ambil wife aku, ermm aku terfikir mungkin tertinggal kat area taska ni sebelum aku pindahkan diorang dari stroller ker carseat... sebab masa ambil dari taska tadi cukup jer.. ermm takpelah nanti bila sampai opis wife aku, aku nak pergi tengok laa kot-kot ada.. Bila keluar jer kereta dari area rumah aku, si Abang bagi  botol dia pada aku, aku bagi terus pada AF terus dia diam.. Memang dah waktu tidur diorang, masuk kereta minum susu, lepas tu Auni Auni Auni pun tidur...

Sampai jer, opis wife aku, ambil dia lepas tu pergi tengok kat taska kot-kot ada botol yang hilang tu, haa... betul tekaan aku, memang tertinggal.. Dalam perjalanan nak balik rumah tu, Aqil muntah lagi.. lembik dah dia, badan panas dah.. Sampai rumah wife aku salin baju Aqil dan bagi dia ubat demam, aku angkat Auni Auni Auni terus ke bilik..

Sekarang ni, semua dah tidur.. kecuali aku jer.. Mudah-mudahan besok anak-anak aku dah sihat laa.. tak nak sakit-sakit lagi... kesian kat anak-anak abah nih.. InsyaAllah Amin...

4 ulasan:

ADEEYA berkata...

Get well soon kiddos !

Mama Kembar 3 berkata...

moga cepat sihat ye amrafahan... tanak sakit sakit tau.

Huszaini berkata...

adeeya: terima kasih!

mk3: terima kasihh!!

risau juga bila tengok aqil muntah-muntah sampai lembik.. Alhamdullillah dah sihat

✿❤Cik Izan❤✿ berkata...

hai...^__^salam kenal...
saya followers awak yg ker 740...yeayyy!
comelnya kembar...bersyukur tak terkata kalau dpt kembar 3 mcm ni...cumellll sgttt...

exabytes unlimited