Mari mengamuk bertiga-tiga!

Sambung balik cerita pergi klinik semalam... Mula-mula AH kena cucuk kat peha, aku yang pegang dia... sebelum tu dia dah mengamuk-ngamuk dah sebab berak... dia tak selesa aaa tu.. tapi kena cucuk dulu baru boleh cuci..

Masa pegang dia tu.. dia punya meronta-ronta tu sampai 3 orang kena pegan dia.. aku peluk dia pegang tangan dia, nurse pegang kaki tempat nak cucuk tu.. sorang lagi nurse cucuk kat peha AH.. waa.. lepas tu... meraung tak hingat donia!!! Lepas kena cucuk tu tak berenti menangis... meronta-ronta tak boleh nak pegang.. orang-orang kat situ tengok jer.. hehehe.. habis aku nak buat apa.. diorang tengok bukan aku boleh minta duit tiket pun.. huhuhu..  jadi nak pujuk aku dukung laa dia.. berenti laa kejap menangis.. bila nak letak dalam stroller menangis balik.. huhuhu



Lepas tu giliran err.. AN kot.. hehehe.. tak ingat laa saya! kekeke.. pun mengamuk gak! meraung-raung kena cucuk.. kali ni mama yang pegang... lepas tu letak balik kat stroller, turn AF pula... haa.. sama juga! meraung-raung!!! Cuba korang bayang kan! Ok mula bayangkan ehh! Lepas semua kena cucuk semua pakat-pakat menangis meraung mengamuk bertiga-tiga!! Tiga-tiga dalam stroller menangis!! Lepas tu mama bawa AH pergi cuci berak dia.. dia paling tak selesa sekali... bila semua dah menangis beberapa ketika... bila dah tolak stroller tu.. baru laa AF dan AN mula diam.. si Abang pun menangis juga sebab kena duduk stroller, dia nak turun tapi aku tak bagi.. hahahahaha padan muka dia! kekeke... jahat gila aku nih!! tapi lepas tu bagi juga turun sebab nak bagi adik dia duduk stroller... lepas tu akan aku main kat taman permainan kat klinik tu.. mana nak main.. klinik tu dah nak tutup dah.. dah pukul 5 lebih dah masa tu... tapi mama pujuk juga ajak dia pergi tengok kat taman tu nak bagi dia puas hati...

Nasib laa bila dah tolak stroller tu anak-anak aku nak diam... kalau tak jenuh gak nak pujuk... huhuhuhu... nasib laa klinik dah tak ramai orang.. kalau tak mesti jadi perhatian kitorang nih... huhuhu

Semalam punya check up, Alhamdullillah berat anak anak anak anak aku naik.. walaupun tak banyak tapi dalam graf masih di paras normal.. Semalam lupa laa minta ubat cacing untuk Auni Auni Auni... ambil untuk abang jer.. takpelah nanti beli jer... nurse yang check tu pun kata diorang ok... cuma ada selsema dan batuk sikit.. macam nilah bila dah duduk kat taska... selsema tu susah nak hilang.. tapi doktor cakap bila diorang semakin besar, antibodi semakin kuat, InsyaAllah selsema tu akan hilang.. harap-harap laa..

Oklah setakat ni jer lah dulu... nanti cerita ceriti lagi... err.. ada ambil gambar tapi tipon pada mama plak... hehehe.. harap korang tak boring laa baca entri kosong tak bergambar nih... huhuhu...

Gambar takde kaitan.. tapi nak letak juga gambar diorang nih!! hehehe

Ulasan

ibu syafiq berkata…
wa wa wee!!!sgt mncabar kn?sy yg nk p inject sorg ank pn dh risau2...ni nk cntrol 3org+sorg kn...?hehek...
Axie04 berkata…
olo... siannye kene cucuk
alalalaaaa sianyer...itula ragam dye
Mama Zara berkata…
mencabar sungguh :)
Mama Zara berkata…
mencabar sungguh :)
Mama Kembar Tiga berkata…
waaaa aii boleh bayangkan tiga tiga meraung, sbb biasa mengalaminya. Kalau meraung berjemaah camtu mmg haru biru jadinya hehehe. Alhamdulillah Auni, auni, auni membesar dgn sihat. Nnt besar jd aweks cungggg :-)
CIKU berkata…
bagusnya awak berdua mama papa..mmg terpilih untuk dpt anak kembar 3 tu..sgt mencabar.
jom jenguk sekali ni
http://tanggadomino.blogspot.com/2011/05/zizan-maharaja-lawak-tegur-aku.html

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!