Kena hantar ke IJN

Tadi aku baru bercakap dengan wife aku, ingat nak halfday hari ni, nak balik Ipoh kejap nak lawat Udo, tapi tak jadi balik.

Sepupu aku baru je lepas call aku, beritau pak cik aku Udo akan dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ni. Mak cik aku tengah ready kat hospital Ipoh untuk ikut Udo naik ambulan di hantar ke IJN. Keadaan Udo tadi dah stabil, jadi doktor beri pelepasan...

Aku berdoa dan berharap keadaan Udo terus stabil agar tiada kesulitan semasa nak menghantar beliau ke IJN. Perjalanan ke IJN ambil masa lebih kurang 3 jam dari Ipoh. Lama juga tu..

Nanti aku dan famili nak melawat dia di IJN bila dia dah sampai sini... Last aku jumpa masa majlis pertunangan sepupu aku hari tu, sihat walafiat jer Udo... rindu gurauan dia main-main dengan anak-anak aku... :)

Moga Udo cepat sembuh yer! Kami anak-anak buah Udo, doakan Udo cepat sihat dan sembuh dari sakit Udo ni... Amin...

Arba'i Bin Mohd Khalid a.k.a Udo (kanan sekali baju putih tu)

Cerita sebelumnya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!