Berita sedih lagi..

Pagi ni aku dikejutkan dengan berita sedih lagi... Sepupu aku beritau aku pakcik aku yang aku panggil Udo, abang ke 4 kepada arwah abah aku dimasukkan ke hospital sebab sesak nafas...

Dari apa yang diberitahu oleh sepupu aku tu, Udo dimasukkan di Wad CCU di Hospital Ipoh, kelmarin. Jantung di Hospital Ipoh belum beri kebenaran kepada Udo untuk dibawa ke IJN KL.

Lepas tu, aku terus call sepupu aku yang dah pergi melawat Udo kat Hospital Ipoh tu, keadaan Udo pada masa tu lemah, banyak tidur jer.. mungkin disebabkan ubat yang diberikan doktor. Dia juga memakai topeng bantuan oksigen. Sepupu aku mengajak aku melawat Udo jika aku berkesempatan.

Hati ini teringin nak balik melawat Udo, mungkin balik naik ETS KTMB sekejap jer 2 jam jer.. InsyaAllah jika tiada aral, aku nak balik melawat Udo.

Doakan pakcik aku cepat sembuh yer! Aku sentiasa berdoa agar beliau cepat sihat dan sembuh.. Amin...

Ulasan

izan berkata…
doakan yg terbaik buat udo...
Suliana berkata…
moga cepat sembuh udo..
||aLeaSaRa|| berkata…
kami semua doakan yg terbaik utk udo ye..jgn risau,bykkan berzikir ^-^
Mama Kembar 3 berkata…
moga udo cepat sembuh, amin.
Huszaini berkata…
Terima kasih semua... sedih sebab kami anak-anak buah udo sangat rapat dengan pakcik makcik kami... selalu bergurau senda...
n!da berkata…
saye doakan semoga Uda sembuh yea..
banyak2kan berdoa n_n

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!