Sampai China dah!!

Alhamdullillah sampai dah kami semua di China nih.... rupa-rupanya ramai betul peminat Auni Auni Auni kat sini.. tak sempat nak buat apa-apa dah!! Terus semua nak ambil gambar AMRAFAHAN... jadi aku pun ambil balik gambar diorang! Buat kenangan... Semua cakap bahasa china yang aku sendiri tak pernah dengar... lain laa bahasa diorang dengan bahasa cina kat Malaysia... Aku  pun angguk-angguk kepala jer.. tunjuk 3 jari macam paham jer.. kekeke... tanda kembar 3...




Ok ok.. aku tipu.. mana ada sampai kat China.. diorang yang datang sini.. tengok gambar pun dah kantoi pak guard malaysia tu.. Gambar AMRAFAHAN jer yang sampai sana kot..

Hari sabtu lepas, selepas hantar mama pergi opis, aku dan amrafahan berjalan-jalan sekitar masjid putra putrajaya, asalnya nak bawa abang bagi makan ikan kat tasik sebelah masjid tu..

Masa ni aku nak beli roti kat kedai runcit kat tempat makan kat bawah masjid putra tu.. tiba-tiba kena serbu dengan diorang nih.. aku rasa diorang nih dari China kot.. tak bunyi Korea atau jepun pun... hehehe.. sepatah haram aku tak paham diorang cakap dengan aku bahasa diorang... aku angguk jer.. hehehe Ni pun dah bertukar-tukar orang yang dataag ambil gambar nih.. dengan aku-aku sekali termasuk gak dalam sessi bergambar tu.. kekeke

Lepas tu bila dah habis bergambar tu kami pergi laa tepi tasik tu nak bagi makan ikan.. jenuh baling roti, ikan tak datang pun.. lepas tu aku ajak abang  pergi masjid besi pulaa.. kat situ baru ada ikan...

Seronok tengok si abang bagi makan roti kat ikan tu.. main baling jer.. berebut-rebut ikan nak... Auni Auni Auni dapat tengok jerlah.. mana boleh bagi lepas dari stroller... nanti tak pasal-pasal abah diorang kurus... ishh... tu pasal aku badan maintain macam ni jer... risaukan keselamtan anak bila dilepas dari stroller tu.. kekeke

Masa ni AF tengah nak suapkan AH.. diorang memang selalu suapkan masing-masing!!


Abang suap adik makan ais krim
 Masa kat masjid putra aku dukung AN, jadi dia sorang jer yang terlepas.. sakan dia pusing-pusing kat sini..

Abang seronok baring kat fountain niih!!


Banyak ikan! Aku nampak kelibat ikan toman besar peha orang kat sini!!


Ulasan

Mama Kembar 3 berkata…
kekeke...ni peminat auni auni auni dr china yer? glamer glamer hehehe
mashi berkata…
hehe...mcm ni kot aku masa kecik2 dulu...ngeee~

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!