Model Femes singgah AMRAFAHAN!!

Sekarang pukul 4 pagi lebih... bangun sebab nak buat susu kat Auni Auni Auni... bila aku buka pintu jer, AH tersedar.. terus menangis.. alamak... aku yang sakit peha ni sebab main paintball (tu lahh!! tak stretching dulu sebelum main terus redah jer dah sakit kaki!padan muka aku!!) turun tangga terkengkang kengkang sebab nak cepat sampai dapur, tapi tak cepat juga sebab sakit nak melangkahh... huhuhu...

Sampai dapur terus basuhh botol lepas tu buat susu... AH dah meraung-raung sambil ketuk ketuk pintu kat atas.. aaaa... sian anak abah.. cuma aku boleh cakap tunggu kejap abah buat susu... tu pun slow je aku cakap.. kompom dia tak dengar...

Lepas buat susu aku lari naik tangga balik... terkengkang kengkang lagik!!! aaa tensen betul!!! tak boleh nak lari laju-laju... anak dah meraung nih... Sampai bilik buka pintu AH ada depan pintu meraung-raung... nampak aku bawa susu lepas tu bagi dia susu terus diam... huh... lega..

Lepas tu bila Auni  Auni Auni dah sambung tidur balik.. aku bangun nak solat isyak pula!! semalam pukul 9 lebih aku dah tidur.. huhuhu.. konon konon nak tidurkan Auni Auni Auni laa.. sebab bila aku bangun diorang nangis... jadi aku buat-buat laa tidur... AMRAFAHAN baring keliling aku.. rupa-rupanya.. aku tertidur betul-betul laa.. ingatkan tidur-tidur ayam... tidur tidur gajah rupanya.. kekeke

Lepas solat tu saja laa buka blog.. rindu! kekeke Sekali tengok model femes singgah kat blog AMRAFAHAN laa.. bestnya!!! hehehe.. tu yang semangat terus nak berupdate blog tu!! huhuhu.. kalau tak baik aku sambung tidur pagi-pagi nih! kekeke

Ni buktinya! 



Alaa.. iklan jer... Nuffnang bagi BE baru kat aku pagi ni (Terima kasih Nuffnang!!).. semalam takde.. hari ada.. Hanis Zalikha laa tu jadi penghias iklan!! Nak suruh dia dok lama-lama kat sini bior orang datang tengok dia kat blog aku jer! kekeke

Oklah anak dah nangis pula nih!! daaa

Ulasan

||aLeaSaRa|| berkata…
ada2 jelah bor ni he3...hurm nak minta tlg bagi idea.terkejut sebab dah 3 hari blog kite kena malware.kite dah try follow tutorial remove malware guna malwarebyte,confirm clear.then dan scan guna online scanner,pun clear.tapi kenapa bila buka blog guna google still kata ada malware.tapi buka blog guna mozilla ok pulak huhu.ada apa2 idea tak?first time kena mmg nak nangis huwaaa........
Mama Kembar 3 berkata…
wahh hanis zalikha dtg jenguk amrafahan yer hehe
mama maman berkata…
Cumil je kan hanis nih... kurus je... :)
Huszaini berkata…
alea: cuba remove semua bloglist. dulu saya buang bloglist, jadi.. malware tu takde dah..

mk3: haah... sekali sekala jer dia singgah sini...

mama maman: haah comel dan kurus! untung dia dapat jadi model iklan nuffnang
||aLeaSaRa|| berkata…
tq ye bro,ni baru terkial-kial nak buang apa patut.dahlah minggu lepas blogspot buat hal,kali ni malware pulak.kang kite buang je laptop ni kat hardware he3....

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!