Darah gemuruh aku datang lagi!!!

Haa... dah bertahun-tahun darah gemuruh aku nih tak datang... hari ni pula tiba-tiba dia nak datang... hadoii... gigil-gigil dah nih...

Kenapa aku gemuruh??!! Esok aku ada temuduga dengan SPA Putrajaya untuk jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera (Kejuruteraan Elektrik)... pukul 8 pagi... grrr....grr.... macam mana laa nanti? apa benda laa diorang nak tanya?? Aku dah laa lama tak bertemuduga nih... last 4 tahun dulu...

Harap-harap aku boleh jawab laa.. dah tua-tua macam aku nih pergi temuduga gemuruh dia lain laa... masa nak dapat kembar 3 dulu tak macam nih.. siap boleh lipat baju anak-anak kat waiting room... tapi kali nih punya gemuruh dasyat aa... huhuhu...

Harap-harap aku tak gemuruh sangat laa esok, nanti kang dia tanya lain aku jawab lain pula... elok dia tanya anak berapa orang? patutnya aku jawab 4 orang anak encik!!... aku risau aku jawab 4 orang isteri encik!! huhuhu....

Nak dijadikan cerita, tapi tengahari aku saja laa nak cek dokumen cukup ke tak?! Bila aku cek jer.. ALAMAKK!!! mana surat beranak aku nih??!!! aaa... kepanikkan berlaku!!! aku try cari kat almari rumah.. tapi takde... mana yer.. takpelah.. aku try call adik aku, kot-kot aku terbagi sekali masa aku bagi sijil kematian abah aku kat dia dulu...

Sekali memang betul laa.. pada dia... dia ada ambil untuk uruskan harta pusaka abah aku melalui Amanahraya berhad... aaarghhh!! Lagi laaa cemas dan panik!!.. dahlah dia kat Johor Bahru, surat beranak aku kat Kota Tinggi, aku kat Putrajaya... aaa.. aku paksa dia anto sijil aku, jumpa kat Melaka... kat Jasin gitu laa... tapi sampai sekarang nih dia tak beri jawapan lagi nih... hadoii... minta-minta laa dia dapat hantar, dapat laa aku jumpa dia amik sijil beranak aku tu... Harap-harap semua dapat settle malam nih.. huhuhu...

Harap-harap aku dapat lalui temuduga besok dengan jayanya... dengan dokumen yang complete.. huhuuu...
Korang-korang doakan aku yer!!, moga aku dipermudahkan segala urusan, dapat tak dapat tu rezeki dari Allah, cuma aku nak buat yang terbaik esok untuk keluarga aku, terutama anak-anak aku!! InsyaAlllah... Amin....

Ulasan

mcm ni lah berkata…
doakan semoga selamat maju jaya
puan nina berkata…
gudluck..nerves je tuh..mesti boleh punye..chayok2 ^_^
kertaskoyak berkata…
haha..nebes ni mmg x pernah hilang..btw,good luck^_^
Izan Ishak berkata…
izan doakan yg terbaik utk bro! mesti boleh punya ni...moga dipermudahkan segala urusan~

gud luck ye!!
Huszaini berkata…
terima kasih semua!
Noriz berkata…
rileksss... selawat byk2...semoga semua brjalan lancar dan lulus dgn cemerlang ;)
padlie berkata…
Good luck esok!
Jangan gabra2..

Entry terbaru padlie: Sperma yang gagah!!!
Mama Kembar 3 berkata…
Good luck encik huszaini! Moga encik tak lupa nama sendiri bila ditanya yer... kang org tanya siapa nama, terus jawab amrafahan abah kembar 3 plak kihkihkih... jangan marah hehe

InsyaAllah, you'll be fin :-)
Mama Kembar 3 berkata…
eh...salah eja... you'll be fine hehe
:|: TinTa Kibod :|: berkata…
moga dipermudahkan..
rezeki 4 org anak..[bkn 4 org isteri]..ekeke..

*entri baru Cerita kami….
*j0m teng0k New Cuties & Clearance Sale item….
nadeeya berkata…
Saya pun intebiu jgk pd 4/5 aritu. Bilik F nom 601 org pertama. Jawatan yg sama. Hihi
Huszaini berkata…
terima kasih semua!

nadeeya: macam sama jer.. saya yg last sekali.. hehehe
nadeeya berkata…
Salam, result dah kuar. Saya dapat jd calon simpanan, bersyukur . Awak?
Huszaini berkata…
nadeeya: Alhamdullillah dapat dah!
Tahniah yer awak! InsyaAllah lepas tu dapat laa masuk sebab dah dalam simpanan tu..
nadiya berkata…
Akhirnya almost a year hari ni saya dpt tawaran, tp blum tahu kat mana. Harap dpt selangor @ kay el. Awak kat mana bertugas skrg? Anything reply yer..
nadiya berkata…
Akhirnya almost a year hari ni saya dpt tawaran, tp blum tahu kat mana. Harap dpt selangor @ kay el. Awak kat mana bertugas skrg? Anything reply yer..
Huszaini Haron berkata…
Saya sekarang kat negeri sembilan . nanti Kalau dah dapat bleh bitau. ni email saya aseng1@gmail.com

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!