Tak de akai punya orang!!
Ini laa akibatnya kurang didikan agama.... Membunuh dan bunuh diri tu kan dosa besar!! Kalau ada agama pun.. mesti fikir pakai tumit!! bukan pakai akal!!! Kesian kat ibu muda tu!! Kesian kat anak-anak dia...
Kejadian ni berlaku dekat jer dengan kampung wife aku... Macam-macam kes bunuh dah kat Malaysia nih.. Moga kita semua dijauhkan dari perkara seperti ini.. Amin...
Baca kat sini...
Lelaki cemburu tikam tunang bertubi-tubi di stesen minyak
Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
2011/05/05
BUKIT MERTAJAM: Seorang pekerja kilang yang cemburu dan panas baran dipercayai menikam tunangnya bertubi-tubi sehingga mati menggunakan sebilah pisau sebelum meminum racun, di stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Karimah Jusoh, 25, ibu tunggal dua anak, ditemui berlumuran darah di bilik persalinan stesen minyak tempat dia bekerja, ditikam di perut, dada serta cedera di leher dan beberapa anggota badan.
Suspek berusia 35 tahun kemudian melarikan diri ke rumah kakaknya di Bandar Baru Perda di sini, sebelum meminum racun dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Mayat mangsa yang dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Chuping, Perlis, bagi dikebumikan. Mangsa yang bercerai tahun lalu mempunyai dua anak masing-masing lelaki dan perempuan, berusia lima dan tujuh tahun.
Mangsa tinggal bersama ibu angkatnya, Aishah Mohamad, 52, di Bertam, Kepala Batas sejak tiga tahun lalu.
Seorang saksi memberitahu polis, mangsa berada di stesen minyak itu kira-kira jam 6.30 pagi dan masuk ke bilik persalinan sebelum memulakan kerja.
Saksi itu mendakwa dia ternampak seorang lelaki masuk ke bilik berkenaan dan keluar kira-kira sejam kemudian sebelum beredar dari stesen minyak.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata selepas rakan sekerja sedar mangsa tidak keluar bekerja, mereka memeriksa bilik berkenaan dan menemui mayat mangsa berlumuran darah.
“Polis turut menemui sebilah pisau sepanjang satu kaki dipercayai senjata yang digunakan untuk menikam mangsa di kawasan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, semalam.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Kami menerima panggilan telefon dari HSJ kira-kira 11.30 pagi ini (semalam) memaklumkan suspek menerima rawatan selepas dipercayai meminum racun,” katanya.
Sementara itu, Aishah mendakwa Karimah pernah memberitahunya bahawa tunangnya yang sangat cemburu dan panas baran pernah memecahkan cermin kereta selepas melihatnya melayan seorang pelanggan di tempat kerja.
“Sebelum keluar bekerja pagi semalam, Karimah memeluk saya tiga kali tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa. Malam tadi (kelmarin) dia menyuapkan makanan kepada saya serta bersalaman sebelum tidur,” katanya yang masih terkejut dengan kematian anak angkatnya itu.

ANGGOTA polis mengusung mayat Karimah Jusoh (gambar kecil) yang ditemui di sebuah stesen minyak di Prai, semalam. |

Sumber: BHarian Online
Update:
Susulan daripada itu..
Pekerja kilang minum racun selepas tikam tunang hingga mati

BUKIT MERTAJAM: Seorang pekerja kilang yang dipercayai meminum racun selepas menikam tunangnya hingga mati di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, semalam, meninggal dunia, kira-kira jam 11.45 malam tadi.
Shahimi Ismail, 37, yang masih bujang, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya(HSJ), kira-kira 12 jam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.
Dia dipercayai mati akibat meminum racun rumpai dan bedah siasat akan dilakukan petang ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi semalam, Shahimi yang dipercayai cemburu dan panas baran, menikam tunangnya, Karimah Jusoh, 25, bertubi-tubi sehingga mati menggunakan sebilah pisau.
Karimah, seorang ibu tunggal dua anak, ditemui berlumuran darah di bilik persalinan stesen minyak tempat dia bekerja, akibat ditikam di perut, dada serta cedera di leher dan beberapa anggota badan.
Selepas membunuh tunangnya, suspek melarikan diri ke sebuah taman rekreasi dan bertindak minum racun rumpai dan menghubungi seorang ahli keluarganya.
Shahimi ditemui dalam keadaan tidak bermaya di taman itu oleh seorang kakaknya sebelum membawa ke HSJ.

Ulasan
cantik arwah..tp sayang perjalanan hidupnya...kesian anak² arwah..*sedih
kejamnya manusia..tanpa IMAN..
*entri baru Muka legend, hati pun Legend
*j0m teng0k Clearance Sale & New Pyjamas Coming Soon
najwa: saya pun sedih! geram pun ada!
chieda: tu la pasal!! takut sangat diambil orang.. dah hilang kawalan...