Minit ke 74! Tiga langkah pertama!

Waa... semua orang pun cerita pasal bola! aku pun nak cerita juga la! Tapi ciput jer.. lain pasal minit ke 74.. yeye je aku minit pasal minit ke 74...

Sebelum tu, Tahniah kepada pasukan Malaysia a.k.a Harimau Malaya sebab berjaya membenam pasukan Indonesia 3 berbalas 0.. cewahh bahasa pengulas laa plak! Moga dapat kekalkan rentak permainan bila bermain di Indonesia pada Rabu nanti... Semoga Malaysia berjaya memenangi Piala Suzuki AFF.

Apa yang terjadi masa minit ke 74? Lebih kurang jam 9.40 malam tadi.. Ermm.. Alhamdullillah anak aku kembar no 1, Auni Faqihah dah boleh berjalan 3 langkah pertama!! Tapi selepas tu dia cuba lagi tapi tersembam... terus merajuk tak nak berjalan lagi.... huhuhuu... Ini adalah sesuatu yang aku dan isteri tunggu! Ye lah kan.. diorang kan lahir tak cukup bulan... so, perkembangan diorang sedikit lambat... Kalau ikut umur sebenar, bulan 1 2011 ni, barulah genap setahun, tapi kalau ikut umur lahir sekarang dah setahun sebulan...

Ni lah budaknya yang berjaya membuat langkah sebagai 3 kali!! Ni gambar ambil pagi tadi semasa nak hantar diorang ke taska...

Auni Faqihah
Walaupun tak mandi pagi, terus pergi sekolah err.. taska.. abah dan mama tetap sayangkan anak-anak-anak-anak abah semua!!

Auni Haziqah pun dah pandai balance badan.. tapi dia sekejap jer... bolehlah diri sikit-sikit...

Auni Haziqah
Haa...budak ni walaupun dia berpangkat adik kecil, tapi dia paling terrer... sekarang ni cuba menyayingi <<--- susah gile nak eja perkataan nih!! sambung balik... kakak dia.. Auni Faqihah...

Auni Naqibah
 Semua orang tak mandi lagi! Kekekeke... terlambatlah hari ni!!

Abang dan adik-adik-adik nya...

Gambar-gambar kat bawa ni, di ambil errr.. di tangkap.. kenapa ekk nak kena cakap tangkap? tah?? tidak faham saya! kekeke.... err... oleh En. Abang Aqil.. main ikut dan dia je... boleh lah... huhuhu...

Senget pun senget lah...

Punyalah jauh ambil step nak tangkap gambar nih!

Okeh sila lihat penutup lubang itu ye.. kenapa? Entah! tanya Abang!

**Nota Kaki Abah
Abah tunggu Auni Haziqah dan Auni Naqibah first step pula! Si Abang dah ber step-step dah!!

Ulasan

good girl...teruskan langkah kasi senang abah n mama mengejar..
AiMaN HaDi berkata…
tersenyum lebar AF :)
salam ziarah...
comeynye sikembar tu...rase nk picit2 jer pipinye tu...

dah lame tak de anak kecik ni...
||aLeaSaRa|| berkata…
wah..syukur alhamdulillah.Tak semua ayah dpt tgk 1st step anak tau.Ada yg masa tu kerja/outstation.Nti jgn lupa update n3 ttg perkembanagn 3 Auni ye
Mama Kembar Tiga berkata…
wah very good! pasni leh laa auni, auni & auni berstep step keliling supermarket shopping! hehehe
||aLeaSaRa|| berkata…
yuhuu dah jawap tak segmen 500 blolist dah start tau.nak tau senarai bloglist terjun kat blog my bff

http://simplecutebeautiful.blogspot.com/2010/12/senarai-500-blog-list-abang-ben-ashaari.html#comment-form.
nabilah_2908 berkata…
eee...ada kembar tiga lagi lah.. semua cute2.. :)

keep it up dear..lepas dah pandai melangkah...lepas ni boleh berlari pula.. :)

p/s: thnks sudi follow APA KATA HATI...keep in touch ya.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BERTEMU KEMBALI
anakibu berkata…
ermm..adik2kembar dah nak berjalan..satu perkembangan..

from:kembar 3 "ayah"
Sricahaya berkata…
suka tgk muka adik badik ni..cute
D'lla berkata…
cutenya.. :)
tringin nk kembar

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!