Isnin, 3 September 2012

1 dalam sejuta - kembar hitam putih!

Wahh... jarang-jarang berlaku nih! Doktor kata 1 dalam sejuta baru terjadi kembar berlainan warna kulit, hitam dan putih! Haa.. bagusnya kembar lain-lain warna ini senang nak membezakan diorang... Teringat Abah masa jaga AFAHAN masa kecil-kecil dulu! Dahlah serupa sejibik lak tuh! huhuhu.... memang susah nak bezakan... (eleh... sedangkan bila dah besar nih pun Abah selalu salah panggil lagi! hahaha! nasib laa sekarang nih diorang dah pandai kenal diri masing-masing!!) Dulu masa AFAHAN masih baby, bila ambil diorang kat tilam diorang contohnya kaler biru, kena letak balik kat tilam tu juga.. takut tertukar! hehehe rindu pula bila mengenangkan waktu tu! Sekali jer pengalaman tu berlaku.. lepas tu tak merasa dah.. diorang semakin besar...

Berbalik kepada tajuk post... meh tengok gambar dan berita nih..
Bila baca berita nih.. rasanya tak mustahil sebab mak bapak kembar ni mempunyai sejarah perkahwinan campur dari keturunan diorang...

PERBEZAAN ketara dapat dilihat pada pasangan kembar Candice (kiri) dan Aleisha yang dilahirkan kira-kira empat minggu lalu.

LONDON: Tidak seperti pasangan kembar lain, anak dilahirkan Pamela Frazer memiliki keunikan tersendiri apabila mereka memiliki perbezaan warna kulit yang ketara.

Sejak melahirkan pasangan itu empat minggu lalu, Pamela sentiasa berdepan banyak soalan daripada orang ramai yang kehairanan.

Candice Anne berkulit, berambut dan bermata hitam, manakala kembarnya - Aleisha Lily - berkulit putih.

Mengenai perbezaan itu, Pamela berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah.


“Sekurang-kurangnya saya tidak terkeliru antara Candice dan Aleisha,” katanya.


Bagi Pamela, 30, perbezaan warna kulit itu juga menjadikan anaknya sangat istimewa.

Walaupun Pamela dan suaminya, Oswald Frazer, 37, berkulit hitam, mereka dilahirkan dengan sejarah percampuran ras.

Menurut Pamela, ibunya mempunyai darah Jamaica, Afrika dan Ireland, manakala bapanya berdarah campuran kulit putih dan Yahudi.

Ibu Frazer pula berdarah campuran Ireland dan Jamaica, manakala bapanya keturunan Jamaica.

Kata Pamela, perbezaan kulit bagi pasangan kembar memang sangat jarang walaupun ia sering berlaku di kalangan adik-beradik.

“Kata doktor, kemungkinan itu adalah satu dalam sejuta,” katanya.

Sementara itu, Frazer berkata, dia ‘jatuh cinta pandang pertama’ apabila melihat Candice dan Aleisha.

“Mereka kelihatan agak sama pada permulaannya, tetapi kini anak kami sangat berbeza,” katanya.

Selain Candice dan Aleisha, pasangan Pamela - Frazer juga mempunyai seorang anak lelaki Brandon, 6.

Mereka menghabiskan masa beberapa minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke Hastings, Sussex Timur.

Sejak itu, keunikan anak kembar mereka segera mencuri perhatian ramai.
Pamela mempunyai saudara kembar bernama Jemma. - TS

Sumber; HMetro

3 ulasan:

eMMe berkata...

Salam Papa kembar, sihat ke?anak2 sihat?
byk yg saya nak tau tentang baby kembar... tapi papa kembar tiga, kagum sangat saya... nnt saya baca lagi... tak byk beza twin pregnancy dgn triplet pregnancy kan...

tq...

Huszaini Haron berkata...

Alhamdullillah sihat. anak2 biasalah kejap selsema kejap baik.. ikut cerita kawan2 yg saya baca tak banyak beza twin n triplet pregnancy, cumanya kalau triplet kena lebih care laa.. ikut cerita doktor, kat malaysia nih, kalau kembar 2, doktor bagi bersalin normal, tapi kalau kembar 3, doktor tak bagi, takut jadi apa2 pada baby

QASEEH HATIKU QASEEH berkata...

ada...my kazen ada ank kmbr x seiras...seorg cerah seorg gelap...sbb wife n asben tu mmg satu putih satu gelap...

exabytes unlimited