Rabu, 31 Oktober 2012

Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat!!

Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat Dikeluarkan pada: 02:42pm pada 31 Oktober 2012

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Perlis (Kawasan Padang Besar Utara, Padang Besar Selatan dan Kangar), Kedah (Daerah Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim), Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat), WP Putrajaya, N. Sembilan (Daerah Rembau, Seremban dan Port Dickson), Melaka (Daerah Alor Gajah), Johor(Daerah Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Pontian), Pahang (Daerah Bera, Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut), Kelantan (Daerah Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (Daerah Kemaman), Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Beaufort, Sipitang dan Tenom), Pantai Barat (Daerah Kota Kinabalu) dan Sandakan (Daerah Kinabatangan); dan Sarawak : Bahagian Limbang (Daerah Limbang), Miri, Kapit (Daerah Belaga), Bintulu, Mukah (Daerah Mukah, Dalat dan Matu), Sibu (Daerah Selangau) dan Sarikei (Daerah Sarikei dan Bintangor) dijangka berterusan sehingga senja, Rabu 31 Oktober 2012.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Perlis (Kawasan Arau), Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan dan Bandar Baharu), P. Pinang (Daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Daerah Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), Selangor (Daerah Kuala Langat), WP Kuala Lumpur, N. Sembilan (Daerah Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah), Melaka (Daerah Melaka Tengah), Johor(Daerah Segamat, Ledang dan Kulaijaya), Pahang (Daerah Bentong, Temerloh dan Maran), Kelantan (Daerah Tanah Merah dan Gua Musang), Terengganu (Daerah Dungun), Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu) dan WP Labuan; dan Sarawak : Bahagian Mukah (Daerah Daro), Sibu (Daerah Sibu dan Kanowit) dan Betong (Daerah Saratok).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.

Sumber MET

http://t.co/mo0124pQ

Published with Blogger-droid v2.0.9

4 ulasan:

aizamia3 berkata...

musim hujan sekarang.. berhati-hati ketika memandu..

hainom OKje berkata...

Tengah musim hujan sekarang ni...

iyan shazlind berkata...

btul2...td kt sini dah start dah hujan lebat

SURIA AMANDA berkata...

jangan sampai banjir dah la..walau Seremban jarang banjir..

exabytes unlimited