Jumaat, 25 Mac 2011

Wife aku kata...

Suatu masa dulu dikenduri member aku,

Mak cik X: Huih.. 2 kali beranak jer dah 4 orang, dah cukup laa nih..
Wife: Haah.. cukuplah..
Aku: Sapa kata?
Wife: Kilang ni dah tutup.. kalau nak cari kilang lain!
Aku: (aikk!! suruh pula)!!! huhuhhu..


Orang lelaki ni, jangan dilarang, kalau dilarang lagi laa nak buat, sebab tercabar... cuba laa suruh.. huh.. tak mencabar langsung.. tu yang tak jadi nak buat tu...

Tapi aku ni... dengar kata... hehehe... aku cakap jer InsyaAllah... hehehe... sebab ustat kata kalau lelaki ni, tak pernah berniat nak kahwin lebih dari satu, hatta walaupun sekali.... something wrong dengan laki tu.. niat jer bukan buat pun... niat pun dah dapat pahala ye tak?! hehehe. Kalau tak percaya cuba tanya laki kau orang? Kalau dia jawab tak tu, sebab jaga hati korang laa.. sebab dia sayang korang tau!! :)

Aku pun pernah niat macam tu. tipu laa kata tak. Lagipun aku tak mau termasuk dalam golongan lelaki something wrong tu... hehehehe Tapi tak nak laa buat. Besar tanggungjawab tu, bukan senang, yang kahwin satu ni pun banyak benda tak betul lagi... ini nak kawin lain.. huiisshh

Perbualan di atas tu antara gurau senda aku dengan wife aku, InsyaAllah aku akan kekal dengan dia seorang jer, aku sayang famili aku.. Bukan sebarang orang boleh bagi aku empat orang anak dalam tempoh 2 tahun tau!! :) hihihi

Inilah orang yang suruh aku cari kilang lain tu! :)
Sayang dia! hehehe

11 ulasan:

Mama Kembar 3 berkata...

betul tu, your satu satunya 'kilang' yang ada tu very very special, high productivity, susah nak challenge tu hehehe ;-)

Makbed berkata...

hahahhaha.. larat lagi ke nak tambah kilang dengan yg dok ado ramai-ramai tu. skali tambah satu lagi kilang, kuar 3 jugak. haahahah.

storyfromme berkata...

wah,da dapat green light da.cuba la ikot cakap wife tu kalau nak merasa ribut melanda rumah :)

MamaFarhan berkata...

hahhahaha.... boleh ker nk jaga kilang no 2 tu... yg ni pun x cukup tangan kaki nk kemudi... hehehehhe...

suka tgk gambar 4 beradik ni... tp tetap x berkesempatan nk join.. x kena tarikh.. huhuhuh :(..

munna berkata...

selagi boleh kilang tu memberi kebahagian kekalkan jelah satu je kilang dulu... banyak karang tak cukup modal pula nanti...

Bro Framestone berkata...

bro tengah mencari kilang yang berkualiti cam nie.. tanpa perlu mengamalkan 3 in 1


Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

amiey lee berkata...

hargai apa yang ada didepan mata..
takut nnti yang dikejar tak dpt yang dikendong berciciran...

heee nak cari kilang lain boleh tapi..kilang no 1 kena beli ferrari, banglo 5 bijik, duit dlm bank juta2...hahahahhahahahaha

Huszaini berkata...

Kepada semua,

saya sayang dan hargai apa yang ada depan mata ni... limited edition nih.. hehehe :)

~Masiha Sulaimi~ berkata...

wah..perbincangan yg hangat...best dpt jumpa geng2 kembar...geng kembar2 yg besar mcm sy xder ker..??hehehe

IbuAmirAmirah ;P berkata...

hahaha...

limited edition kan...susah nak cari lain tau... :)

anis berkata...

haha...berani lah cari lain..suke dengar kata puji tuan blog untuk isteri...sejuk hati isteri...

exabytes unlimited