Kurus laa abah cam nih!

Pagi tadi aku hantar wife aku pergi horpis... Kena laa bawa anak anak anak anak sekali.. mana boleh tinggal..
hari ni saje nak try bagi diorang duduk kat seat belakang tanpa pakai baby seat. Semua kena pakai seat belt.

Awal-awal perjalanan semua dok diam laa.. lepas 5 minit masing-masing sibuk nak keluar.. Yang pandai melepaskan diri AF dan AH. Nasib AN dok diam jer...

Nak tanak mama kena pegang seorang.. Yang seorang lagi dok bersuka-ria kat belakang! hadoi!!
Bila dah sampai horpis mama, aku kena ikat semua, mana bleh kontrol nak biar semua camtu jer...
Sebab lepas hantar mama, aku nak pergi isi petrol. Kena handle sorang-sorang dengan abang Aqil lagi... huhuhu..


Dah siap isi minyak, aku pun drive nak pergi lepak minum pula dengan member aku. Kami jumpa kat kedai mamak. Bila dah parking, aku bawa laa empat-empat orang anak aku ni melepak.. 2 orang naik stroller, seorang dukung, si abang jalan kaki.

Sampai kat meja makan, aku letak dia orang dalam baby seat. Si Abang duduk kat kerusi depan aku lepas sibuk nak gula-gula, belikan dia sugus baru dia dok diam. AF dan AH dok sebelah kiri aku, AN sebelah kanan aku.

Lepas tu aku suap laa Auni Auni Auni dengan bubur yang aku bawa dari rumah tadi. Mula-mula tu diorang makan, dok elok jer... lepas tu si AF ni bangun dari kerusi dia, aku letak balik suruh duduk lepas tu si AH pula nak bangun dari kerusi dia, aku letak balik dia kat kerusi, nasib laa si AN ni dok diam jer taknak panjat kerusi dia... bila semua dah macam tanak makan jer.. masing-masing mula tak dok diam..

Alamak.. bila macam tu, aku bagi laa sudu sorang satu sebab nak suruh dok diam... berjaya laa taktik aku tu.. tengah aku suap si AN, aku dengar sudu jatuh, si AF dah buang sudu dia, aku ambil laa sudu tu bagi kat dia.. Lepas tu tak sampai 0.005 saat dia buang balik.. aku ambil sudu tu balik bagi dia.. lepas tu si AH pula buang sudu dia, sat gi si AF buang sudu dia.. aku pun kutip laa balik bagi balik kat AF dan AH, bila dah bagi dia orang buang balik sudu tu.... haisshhh!! anak aku nih... siap tunjuk bawah tu suruh aku amik sudu tu.. aku ambil letak atas meja tanak bagi dah.. Apa lagi... menjerit aa minta aku sudu tu! adoii... aku bagi laa balik sudu tu.. si AF buang lagi sudu tu.. waaa... lemak berkrim budak kecik nih!! dah macam orang bersenam pula aku nihh! kejap bangun kejap tunduk bawah!! Waaahhh kurus lah abah cam nih!!!

Heyy... anak-anak aku nih... tengah seronok agaknya bila dia buang barang ada orang ambilkan balik... hehehe... satu proses belajar tu... jadi takde laa  aku marah... layan kan aje... lepas tu aku angkat letak balik dalam stroller sebab asyik nak panjat kerusi jer! Haa.. kan dah kena ikat dalam stroller, padan muka! kekeke... apa punya abah nih! padan muka kan anak-anak! hehehe tak aa.. nak bagi dia orang dok diam jer..  tapi aku yang padan muka sebab aku bagi botol susu dia orang buang botol pula!!! adoihh...

Si AN layan diri, main sudu... nasib dia tak buang sudu dia tu.. Lepas aku minum, aku ajak member aku balik. Muka masing-masing dah mengantuk. Si Abang dah buat kedai mamak tu macam rumah dia, pusing-pusing...

Sampai rumah aku buat kan susu baru sebab susu tadi dah habis, angkat dia orang kat bilik pastu bagi susu, masing-masing ambil botol susu pastu terus baring... sekarang dah tidur dah... barulah abah dia boleh update blog huhuhu...

Moral kejadian: Sila bawa isteri bersama jika ingin melepak minum dengan anak anak anak anak.... huhuhuhu... kalau sorang-sorang takpe! hehehe


**Hari ni jadi babysitter aaa.. kena bagi anak-anak tidur dulu baru boleh main game! hehehe

Ulasan

Aku Ibu Muda berkata…
tabik spring untuk anda kerana berjaya menguruskan 4 anak kecil dengan 3 yang sebaya..huh...salute bro!

husband saya pun mahir jugak handle anak anak dia tanpa kehadiran isteri dia ni. Malah, lagi terror dari isteri dia...ahaha

tapi anak baru 2 kan. kalau kembar 3 tu tak dapat lah nak bayangkan...hihii
Huszaini berkata…
hehehe tq! alaa biasa jer takde apa2 pun.. selalu jer jaga dorang.. lagi pun kami takde maid.. :) tahniah utk hubby awak... bukan senang nak dapat hubby tulun wife tu.. hehehe
bro memang cermelanglah...tabik spring....
diari hidup berkata…
boleh dpt award abah cemerlang ni!:)
yanadaniel berkata…
abg huz mmg terror laa... yana dok jg anak jantan 1 pon kalah kalau sampai kedai mamak je tag gula-gula :) seb baik p skali ngan atuk nenek dia tidak jenuh nak tangkap sebak kijernyer merayap jer... :)
Mama Kembar 3 berkata…
okeh laa tu abah.. tak yah pi gym pasni hehehe... tp tabik spring laa u terror leh handle anak anak anak anak kat kedai mamak without hanny. if my en suami, awal awal surrender 'kita dok umah je laaa' hehehe
Izan Ishak berkata…
tahniah utk abah auni3... mmg boleh kempis perut bangun tunduk byk kali camtu... kerenah anak2 nak membesar ni mmg menguji kesabaran kan~
feizal berkata…
meriah ank ko bro...telatah ank mmg mnyeronokkn...tak faham dgn stgah2 mak ayah yg suke pkul2 ank wlau buat slh kecik.
||aLeaSaRa|| berkata…
jom semua sokong earth hour 8.30 mlm ni tau!

http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/03/jom-pakat-ramai2-jayakan-earth-hour.html

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!