Rindu padamu!

Hari ini aku akan pulang ke Putrajaya. Bas dari Larkin pukul 6.30 petang. Dijangka sampai KL jam 10.30 malam. Aku minta wife aku datang ambil aku dan Aqil di Hentian Serdang. Wife aku dah rindu sangat kat Aqil!! Kat Abah Aqil tak rindu ke? hihihi.. dah seminggu tak jumpa!

Aku dah rindu sangat-sangat pada kembar Auni Faqihah, Auni Haziqah dan Auni Naqibah. Perangai baru apa pula laa dia orang sekarang nih yer! Setiap hari mesti ada perangai baru. Hari tu wife aku cerita perangai baru Auni Auni Auni. Masing-masing nak makan biskut, biskut kena ada kat tangan kiri dan tangan kanan, lepas tu kat mulut pun kena ada biskut. Lepas habis makan biskut kat mulut, mengamuk nak lagi biskut, biskut kat tangan tanak makan, nak pegang jer, jadi mama dia orang suap lagi biskut terus ke mulut. Biskut kat tangan jadi hiasan. Hadoii laa.. rindu laa kat dia orang! Tak sabar nak jumpa dia orang!

Rindu kat Auni Auni Auni

Cinta hati Abah!

Cinta hati aku! Tuu!! yang pakai tudung tu!! :)

Nanti jangan muncung-muncung yer Sayang! :) Rindu kat Sayang sangat-sangat!

Ulasan

||aLeaSaRa|| berkata…
alahai romantika d'amor ni he3...bro kite ajak join giveaway tau!nati kalau menang bag tu bagi kat wife..bro makan puas2 makan free guna kupon he3...
Mekar berkata…
Salam amra- seronok dgr cerita kamu & kisah 3 kembar ni. comei jer dgn pakaian seragam tuh

from: mymekar.com
CAK berkata…
baguslah. bertambah syg dari hari ke hari wpun anak bertambah. mcm tu lah suami!!tak ade alasan utk pikir yg lain, kan.... aku suke aku suke.
Rizziela berkata…
Alamak! sweetnya...cair kalau tengah merajuk
Huszaini berkata…
Hehehe... takmo bagi wife muncung2 sebab kena tinggal seminggu! hihihihi
Hj Kapot Family berkata…
sweet nya cik zaini dgn family...
semoga bhgia hgge ke akhir hayat... :D
(shasha)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!