Isnin, 28 Februari 2011

Dah jumpa tapi masih rindu!

Semalam aku sampai rumah dah lewat malam, masuk jer bilik, Auni Auni terjaga, Auni satu lagi masih tidur. Si Abang dah bangun dari tidur. Puas tidur dalam bas agaknya. Lepas tu jumpa adik-adik dia, semua kena kejut dengan abang dia sebab nak salam, lepas salam tu, abang nak salam lagi, lepas tu adik-adik dia taknak salam lagi.. apa lagi.. si abang terus menangis merajuk adik taknak salam. Aku pun pujuk laa, cakap dengan dengan Abang sayang adik jer, tak payah salam, si abang pun pergi la cium sayang adik dia. Adik dia pula yang menangis, elok-elok aku masuk bilik tadi senyap jer dah jadi riuh dengan suara anak-anak aku menangis.

Nasib wife aku masuk bilik pujuk Auni dan Auni. Auni seorang lagi masih tidur. Aku pun melandingkan badan baring sebelah Auni yang tidur. Hehehe.. sebab tak nampak sangat sebab gelap aku pun cek laa Auni mana laa yang tidur ni, rupa-rupanya AN. Hehehe.. bukan aku tak kenal anak yer.. tak perasan sebab gelap.. huhuhu... Aku pun tidur peluk AN. Lepas tu datang la AF kat aku. Aku nak peluk dia tapi merajuk pula, jadi mama lah yang kena pujuk. Aku sambung balik tidur peluk AN, yang bestnya, AN pegang jari aku masa dia tengah tidur... bestnya perasaan masa tuh! Bahagia!! Sayang! Rindu kat anak-anak!!

Lepas Abang Aqil pun datang menyelit, jeles laa kot sebab Abah dia peluk adik dia. Aku pun peluk la si Abang. Tapi kejap jer si Abang baring, lepas tu nak pergi kat mama pula, kena marah dengan aku, merajuk laa dia pergi kat mama dia, mengadu aku marah dia. Dah pandai mengadu si Abang sekarang nih.. Aku biarkan mama pujuk Aqil, aku pun sambung tidur sampai pagi.

Pagi tu aku aku terjaga, tengok AN dah bangun, lepas tu jalan terkedek-kedek datang kat aku baring sebelah aku sambil minum susu, baring bawah ketiak abah dia, hehehe... suka laa aku!!

Aku pun sambung tidur 2 3 saat sebab nak peluk dia, lepas tu datang AF dan AH serbu kat abah dia, jadi niat aku nak sambung tidur pun terbantut... jadi aku pun layan dia orang sekejap main-main, cium-cium lepaskan rindu! Lepas tu baru bangun solat subuh. Ermm.. bestnya! Seminggu tak jumpa dia orang akhirnya dapat jumpa juga!

Tapi jumpa dan main sekejap jer, sebab nak bersiap ke tempat kerja. Sekarang sekarang ni, dah teringat-ingat kat AF, AH, AN.. tak sabar nak ambil dia orang kat taska nanti!

Itulah penangan anak-anak nih! Dah jumpa tapi masih rindu!!


Ubat rindu saya!

6 ulasan:

Yaati Nor berkata...

rindu anak je ke?tak rindu maknya ke?hehehehehehe

Huszaini berkata...

malu nak cerita! kekeke

sayang oranglidi.dot berkata...

serius cakap.. suatu hari nanti i nk jumpe triplet auni auni auni :)

AzharAzfar berkata...

kita dah jumpa..hehe..

Mama Kembar 3 berkata...

sooo sweet... memang betul, dgn anak anak ni rindu sokmo :-)

anis berkata...

kalaulah auniauniauni ngan abang dah besar and bace blog ni mesti bercucuran air mata...

exabytes unlimited