Wad 2C Hospital Putrajaya

Masuk Wad 2C: 4 Nov 2010

Sedar tak sedar sudah 8 hari anak anak anak aku berada di hospital, Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT dan berkat doa sahabat-sahabat sekalian, anak-anak aku semakin sembuh dari sakitnya...

Semalam Auni Naqibah dah boleh keluar hospital, hati mak bapak mana yang tak gembira bila diberitahu oleh doktor yang anaknya dah sihat dan boleh keluar hospital, Syukur Alhamdullillah... InsyaAllah, jika tiada aral, esok Auni Faqihah dan Auni Haziqah pula boleh keluar dari hospital, abah dengan mama, tak sabar nak tengok diorang balik rumah, ketawa, senyum dan lain-lain lah...

Semasa aku jaga diorang kat hospital, Aku sampai sakit pinggang laa tidur kat sofa hospital tu, lepas tu nak demam pula, tapi takpe asalkan dapat tengok anak-anak sihat, aku sanggup.. terima kasih pada isteri aku yang beri dorongan kat aku untuk jaga diorang selama ni..

Terima kasih aku ucapkan pada semua doktor dan jururawat yang sudi menjaga dan merawat anak-anak aku sehingga sihat... jasa diorang tak boleh aku lupakan... aku akan kenang sampai bila-bila...
Auni Faqihah dah nampak ok sikit

Auni Naqibah yang dah sihat, tido kekenyangan

Auni Haziqah pada paginya tido dengan O2 mask nya...

Ramai betul doktor yang datang rawat anak-anak aku ni!

Doktor pakar.. terima kasih doktor atas rawatan anda pada anak-anak saya!

Auni Haziqah pada petangnya dah nampak ceria

Aqil tengah check mama dia...

Dr. Aqil Muhammad Rayyan

Ulasan

ainmusa berkata…
salam.mintak maaf tanya.kesemua auni admitted ke hosp kenapa ye?
seronoknya kembar 3.ada rahsia nk dpt kembar 3 ni?ceritalah ye.blog ni best.lama2 sure ramai readers nt :)
Huszaini berkata…
salam balik.. kekeke.. boleh ke... hhehehe... auni x 3 ni kena tahan sebab err.. bahasa omputih merangkap medical bronkaitis.. err ejaan melayu bunyik sama.. hehehe... bronkaitis pneumonia.. maksudnya yelah.. jangkitan kuman di peparu... sekian trimas.. hehehe...
[ibuLUNAZAHRA] berkata…
mcmn bole terlepas pandang entry ni..
alahai 3Auni..sedih tgok..
Alhamdulillah da sehat..
#kiut aje cara 3Auni ni tdo..geram..kembar seiras ni sangat comel..sakit serentak eh?
org kata kembar jgn tanam uri sama2,kena lain2..tp klu kembar seiras satu uri kan?
anis berkata…
wah abang nak jadi dr ye

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!