Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 3

Selamat Pagi! Ok kita sambung lagi hari ni yer.. err.. hilang punca? meh tengok kat Siri 1 dulu!


Soalan Kelima

Bagaimana penjagaan ketika dalam pantang. siapa yg banyak bagi bantuan?

Setelah dilahirkan, kembar telah dimasukkan ke NICU selama 46 hari. Mereka duduk di wad NICU sehingga berat badan mereka mencapai berat 2 kg atau sekurang-kurangnya 1.8 kg. mereka mendapat rawatan dan penjagaan rapi dari semua pakar dan nurse di sana. kami berulang alik ke hospital setiap hari setiap waktu melawat untuk membekalkan susu dan belajar kaedah penjagaan untuk anak lahir pra matang. Selepas keluar hospital, susu ibu tidak mencukupi dan kami beri susu untuk bayi pra matang atas nasihat doktor. Ini bagi meningkatkan berat badan bayi agar tidak turun semasa dibawah jagaan kami. Penjagaan bayi pra matang sangat rumit kerana bayi pra matang mudah terkena penyakit dan mudah turun berat badan jika tidak sihat, jadi sewaktu kembar masih kecil semasa berumur 3 hingga 5 bulan, kami hadkan pelawat dan tidak boleh memegang bayi serta kena sentiasa menjaga kebersihan. Ini semua adalah nasihat doktor bagi mengelakkan berat badan bayi susut dan jatuh sakit..
Bila ada orang datang melawat kami rasa happy. Tapi kena berterus-terang dengan dia orang, masa tu, kembar hanya boleh ditengok jer, kalau nak pegang kena cuci tangan dulu. Dulu siap beli stok sanitizer. Hehehe. Sebab ingat pesan doktor, jangan dedahkan sangat kembar, risau akan masuk kembali ke wad.
Bila dah berumur 8 bulan baru kami berani-berani bawa keluar.
Soalan Keenam

Adakah baby meragam atau senang dijaga?

Alhamdulillah kembar sangat senang dijaga. ada ragam dan perangai masing2. kami ambil masa 2 minggu jugaklah untuk faham perangai dan kehendai setiap seorang.
2 minggu pertama selepas keluar NICU adalah tempoh paling mencabar. alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan dan mudahkan semuanya..syukur sangat. Boleh dikatakan kembar sangat pandai berdikari dan bermain sesama sendiri.
wife bertekad nak jaga sendiri. wife kerja kat Jabatan Alam Sekitar Putrajaya, mohon cuti menjaga anak separuh gaji selama 3 bulan. Sekarang ni pun kami jaga sendiri di rumah. jika waktu bekerja, semua anak-anak di hantar ke taska berhampiran dengan pejabat isteri. Ini bagi membolehkan isteri melawat mereka diwaktu rehat tengahari.
Bila pertama kali kami bawa kembar keluar berjalan-jalan, perasaan tu rasa macam kompiden dengan tak kompiden jer.. hehehe... Nanti boleh jer dia orang ni sesuaikan diri, menangis ke? meragam ke? Bila dah bawa keluar, Alhamdullillah, kembar kurang meragam. Biasanya, bawa dia orang ulang-alik hospital dan klinik jer, hehehe kompom jadi perhatian orang. Alhamdullillah, kembar tak menangis bila tengok orang ramai ni, :) baguslah anak-anak abah ni! hihihi.
Dekat setahun jugalah tak bawa dia orang keluar dari Lembah Klang nih, habis jauh pun pergi KL. Kami kalau anak beranak berjalan pergi rumah saudara mara ataupun rumah member walaupun sekejap, dia punya packing barang tu macam nak balik kampung 2 3 hari hehehe... tu belum balik kampung lagi..
Masa raya tahun lepas, pertama kali bawa kembar balik kampung mama kat Penang, memang mencabar laa, kena balik malam sebab nak bagi dia orang tidur. Lepas tu kena banyak kali berhenti, biasalah kan, nak buat susu, salin pampers.. hehehe...
Teringat masa berhenti kat R & R Gunung Semanggol, saya turun bawa sebakul susu, keluarkan 3 botol susu, ada brother sebelah tu, tengok hairan jer... bila perasan dia perhatikan saya, saya cakap dengan dia, saya ada anak kembar 3, sebab tu kena buat susu 3 botol, ermm.. terus brother ajak bersembang, hehehe layankan aja.. Macam-macam pengalaman dengan anak kembar tiga ni.. :)


Oklah nanti kita sambung lagi yer!

Ulasan

mamaelly berkata…
hihi salam...mama isya putry disini.. sangat2 teruja baca cerita pasal ur twins..sbb saya dulu bakal memiliki anak kembar lelaki..tp Allah lebih menyayangi mereka..

comel2 la auni auni dan auni
Mama Kembar Tiga berkata…
bab nak pi jln jln bawak beg cam nak balik kg tu sama laa kita. kalau nak jln jln lama or jauh skit, dgn mesin nebuliser yg kecik tu & ubat ubat pun kitorang kena bawak, sbb si kembar ni ada asma, risau kot kot ada emergency ke apa ke.
Makbed berkata…
kite tgk camana pulak bila depa nak kawin nanti. hahahahaa..
Dda Ly berkata…
mesti seronok dpt anak kembar 3 kan..da la comel banget...hihi tp letih la kot? saye yang sorg je ponnn aduyai..:P

anyway, mmg comell babies tu..da la seiras sume nye...geram!

meh ke rumah,
~damia dan selsema~
keep in touch ye..♥♥♥
the triplets berkata…
seronok pulak baca nih...
Unknown berkata…
menjadi perhatian orang tue yang buatkan syer terkejut sebentar.. i also have 2 twin, 1st time bwk g shopping dah macam artis.. siap tangkap gambar lagio.. 10 in 1 yang akan hadaapi menjaga kembarkan..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!