DI SEBALIK TABIR BLOG
Boleh tak?? Takde laa menawan... Biasa-biasa jer.. sebelah aku tu jer yang ayu! |
Dengan hormatnya aku mengtiru dan menampal dari blog Ben ke sini...
Untuk sertai , mudah jer ... cam biasa ..buat satu entri khas :
- Sila letak header BEN ASHAARI BLOG - Dah!
- Tajuk : DI SEBALIK TABIR BLOG .. - Dah!
- Sila letakkan gambar betul anda yang paling menawan ..Ehem.. - Dah! Gambar ayu ko! kekeke
- Ceritakan latar belakang anda secara ringkas... Jika terlalu peribadi , jangan cerita eh .. Simple simple jer .. ni masa nak pikat pembaca .. ;)
Aku seorang abah yang ada anak 4 orang dengan dengan hanya 2 kali bersalin jer.. wife aku yang bersalin.. aku tak boleh! Orang kata aku bunting gajah.. salah semua tuh!! Tu namanya single pack! Tak suka aku banyak-banyak pack macam Ben tu.. sampai 6 pack.. susah bawa woo..!! Sesungguhnya semua itu adalah seni perut orang lelaki... hehehe... Masih bekerja dan mempunyai BARU SEORANG isteri (hehehe..isteri baru belum lagi...huhuhu...) yang sangat cantik dan baik hati, terrer masak, kemas rumah dan semua-semua yang best-best!! Haa.. nak promote nih! 2 Mac 2011 hari tu, gambar anak-anak aku keluar kat harian metro.. hehehe... gumbiranya saya! Boleh lah tengok kat metro ruang Hati yer...
- Jumlah Follower sekarang ini ...
Sehingga entri ni di taip peng follow saya berjumlah RM 547.00
- Soalan dari aku :
- Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ? Jawapnya ialah.. aku akan bermain game di facebook dan juga di PC aku...
- Ceritakan kepentingan blog kepada anda Jawapnya ialah.. memenuhi nafsu menaip dan membaca blog orang dan kawan-kawan. Hehehe... suka berkongsi-kongsi cerita!
- Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ? Jawabnya ialah... Blog ko benashaari.com, blog geng-geng kembar aku! Lepas tu blog orang lain yang best-best!!
Ulasan
MK3: alaa.. mama malu2 dengan dia.. saya buat selamba jer... hehehe
followed ur blog oredy
do visit my blog
http://duniasyraftoday.blogspot.com/
hihihi
selamat berkenalan ye...:)