Tengah X-ray...
Deedam dan Auni Naqibah |
Assalammualaikum... pagi tadi punya entri memang aku emo sangat-sangat... sedih tak boleh fikir secara waras...
Tadi baru lepas call mak aku, adik aku Deedam tengah di x-ray... Belum keluar lagi dari bilik X-ray.. Aku berdoa harap-harap takde apa-apa tumor... berharap.. doktor salah... aku nak adik aku sihat jer...
Sekarang ni, aku dah tenang sikit, terima kasih pada wife dan sepupu-sepupu aku, sebab dia orang bercakap dengan aku dan menenangkan aku...
Pendaftaran masuk ke sekolah vokasional untuk adik aku dah ditangguhkan... cuma pihak sekolah tunggu surat dari doktor untuk mengesahkan adik aku ni, boleh ke tidak untuk mengikuti kursus yang di minta di sekolah tu... Aku harap Deedam dapat bersekolah di situ sebab itu minat dia... InsyaAllah....
InsyaAllah aku akan balik ke JB malam ni naik bas, aku ingat nak balik dengan anak dan wife aku, tapi keadaan rumah di sana sedang dalam pembinaan dengan habuknya dan bersepahnya, so aku balik seorang dulu... ermm... aku jangkakan akan bercuti sampai habis raya cina, tengok keadaan macam mana... tapi mesti aku rindukan keluarga aku... anak-anak aku.. hehehe.. ofkorus hehehe wife aku... :) . Aqil mesti cari aku... Auni Auni Auni mesti cari aku... aduhh.... sebab tu aku nak angkut semua sekali... tapi keadaan tak mengizinkan... Harap anak-anak aku tak demam semasa aku balik kampung nanti... Kasihan dekat wife aku nak uruskan semua seorang-seorang...
Aku dekat sini hanya mampu berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah untuk adik aku... kerana Al-Fatihah itu adalah ibu segala ubat...
Marilah kita sedekahkan Al Fatihah untuk adik aku Deedam dengan niat dia cepat sembuh dari sakitnya itu..
AL Fatihah
Kisah Selanjutnya
Kisah Sebelumnya
Ulasan
Bagusla ada abg yg prihatin mcm u ni. Semoga semuanya selamat